Assalam, dah pun masuk hari ke 20 kita berpuasa, masing2 dah sibuk buat biskut dan persiapan terakhir beli baju raya. Minggu depan ramai yang akan meninggalkan rumah masing2 untuk pulang ke kampung halaman masing. Boleh dikatakan ramai blogger2 ni perantau.
Menu kesukaan anak2, kueh teow ladna, Kalo Eqa dan Adda makan kat kedai tak ada benda lain yang diorang nak , mesti kueh teow ladna je., kecualilah kalo kita semua makan nasi, barulah dia makan nasi.
KUEH TEOW LADNA
Resepi : embunrosaliza
Bahan-bahan
kueh teow - digoreng seketika dan di campur kicap manis, ketepikan
Untuk kuah
4 ulas bawang putih - diketuk2
2 sudu minyak
2 sudu sos tiram
2 kiub ayam
2 biji telur
sekeping dada ayam - di potong kecil
sotong - di potong bulat
lobak merah
putik jagung
kailan
cili padi
cili merah
garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
air secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kuning.
2. Masukkan ayam yg dipotong kecil2,kemudian masukkan sotong biarkan seketika.
3. Bila ayam dah masak, masukkan air, sos tiram, kiub ayam, dan garam, tunggu sehingga air mendidih. seketika.
4. Masukkan lobak merah dan sayur2 lain serta cili.
5. Masukkan telur
6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.
7.Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.
Cara menghidang, cuma letak kueh teow dalam pinggan kemudian letakkan kuah ke atas kueh teow tadi, siap. Sedap dimakan panas2.
Kueh teow kesukaan Eqa dan Bby Adda
Masak 2 bungkus tak berapa nak cukup untuk diulang lepas balik terawih, habis masa buka lagi.
Puas hati makan hasil buatan sendiri, dulu2 rasa macam susah je nak buat kueh teow ladna ni, rupanya senang bangat.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua
Saturday, August 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
raya ni balik kampung siapa kak?
hidangan berkuah macam kue teow ladna untuk buka puasa memang membangkitkan selera!
akak bila balik kmpung? arini kitorg nak gi sibu,insyaallah..tp x lama laa..ptg kang gak balik..nak soping bhn kuih jer..
hehe..
kueh teow tuh goreng kosong camtuh je ker? letak kicap semata2 ker?? terlir tgk kueh teow yg akak buat...huhuh
maaf farah lambat reply, tak perasan, a,a kueh teow tu goreng mcm tu je, pas tu letak kicap manis, nak bagi kaler dia coklat2 sikit. pas tu masak untuk kuah la pulak
Post a Comment