Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2 laksa(tidak terhad):
- Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
- Isi ayam (yang digoreng lebih sedap) - akk celur kejap pastu lumur garam kunyit n goreng
- Tauhu goreng - tak letak
- Telur dadar
- Tauge(celur seketika) - tak ada
- Cendawan hitam(celur) - x ada
- 300g udang(celur)
- Telur rebus
- Sambal belacan dan limau kasturi
Bahan2 kuah laksa:
- 200g pes laksa sarawak hj manan
- 2 liter air
- 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
- 2 batang serai-ketuk
- 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
- Garam n gula/perasa secukupnya - akk tambah 1 kiub ayam
- akk tambah sotong
- Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
- Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
kuah kali ini cerah sikit, masih terasa keenakannya
inilah pes haji manan tu, akk ingat nak bawa blk kampung, bagi famili akk rasa pulak.
1 bungkus pes ni akk buat boleh mkn untuk lunch dan dinner. Terima kasih buat pengirim yang baik hati tu, semoga rezekinya bertambah2......cayang dia....
Hari ini pertama ramadhan, baby Adda 6 tahun berusha mempertahankan puasanya lagi, masa 5 tahun dapat 5 hari je puasa penuh
Dan hari ini juga 1.8.2011 merupakan hari ulang tahun bonda tersayang akk, Rubiah bt Deraman, semoga Allah sentiasa memelihara kesihatannya, dan dilindungi Allah dunia dan akhirat. Sayang Ma
14 comments:
Ni ape cite dok tyg laksa tghari2 bln posa ni?? Nsib baik akk buh udang..tak la terliur sgt..hehe..
akak ada sebungkus pes tu..nan cuba la nantin
selamat hari lahir buat ibunda rosa.semoga panjang umjur..murah rzeki dah bahagia disamping keluarga tercinta.
resepi mee/mee hoon memang sesuai sangatlah buat menu berbuka...nak pula yang berkuah2 begini.
Selamat menjalani ibadah puasa buat Kak Rosa sekeluarga.
Nasib baik singgah memalam. kalau time siang mau terliur tengok laksa serawak tu ... ha33
kalau yg tak suka beehoon tu boleh jer ganti dgn mee kuning atau spagethi ker..ikut selera masing2 jer..sebab yg istimewa laksa sarawak ni bukan kat bihun tu.hehe..
Selamat ulangtahun kelahiran buat bonda akak yg tercinta..semoga beliau sihat sepanjang hayat n dipermudahkan urusan dunia akhirat..aminn
Nampak sedappp jer laksa Sarawak tu.. nurul x pernah lagi makan.. :)
Salam Ramadhan buat Kak Rosaliza sekeluarga & selamat berpuasa.. :)
Kak Salam Ramadhan ye.. Ampun dan maaf dipinda andai ada salah dan silap naz ye.
Kak, Naz kan ada paste ni pemberian dari seseorang.. Tapi Naz simpan jer dlm peti ais sbb sayang nak guna dan cadang nak guna bila balik kg.. Boleh bagi mak dan ayah rasa..boleh ker gitu.. Tapi tgk laksa akak ni cam dah tak tertahan nak buat ..huhuhu..
Saya adalah pembekal pes Laksa Sarawak Hj Manan dan kini berada di semenanjung malaysia. Sekiranya anda berminta untuk membeli pes tersebut, sila hubungi saya 019-8299460 atau email ke iskandarudin@yahoo.com. Order juga boleh dibuat secara online melalui page FB Laksa Sarawak Haji Manan.
Iskandar 019-8299460.
Post a Comment