Seminggu sekali akk buat puding roti karamel ni, anak2 memang suka.
PUDING TELOR BEROTI @ PUDING ROTI KREMER
resepi asal : http://embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
~esen vanilla
Cara- cara
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..
****Gula Hangus****
sediakan loyang dan masukkan 3 sudu besar gula, nyalakan api yang sederhana, kacau gula sentiasa agar gula tidak hangit , tunggu sehingga gula cair sepenuhnya dan berwarna kekuning2an. Kemudian, terus angkat loyang dari atas dapur, ketepi. Gula hangus ini akan mengeras, tetapi akan cair semula bila kita mengukus nnt.
Semalam pun akk ada buat tapi guna coffemate, pas tu letak perisa coklat, menjadi juga. Kalo sempat nnt akk n3 puding yang tu pulak.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua
5 comments:
puding begini memang sedaplah kak, tapi nak buatnya kadang-kadang terpaksa panggil semangat dulu.... kurrr datanglah wahai kerajinan...
Post a Comment