Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 19, 2011

DONUT...

Resipi donut yang paling best dan memang menjadi, kalo dulu2 akk buat donut selalunya kejadian tu tak seperti yang kita impikan. Tetapi setelah mencuba resipi HASUE ni, memang menjadi dan gebusss je donut, malahan boleh juga dibuat roti, atau pizza.


Kali ini buat topping coklat, memang habis dimakan anak2 sesambil main berlari2 berkejaran diluar rumah, anak2 kat sini bila time bulan puasa terasa macam pesta lak, diaorang boleh keluar rumah main bersama, yang kecil main kejar dan bunga api je, tapi yang remaja sikit ada juga lah yang main mercun. Dekat2 pukul 9 tu, senyap sekejap, masing2 pergi solat terawih.


Jom buat donut mudah ini, terima ksaih banyak2 pada penyumbang resipi ini HASUE 





DONUT ... LAGI

resipi : HASUE
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara


  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
gebu je donut ni

yang ni saje ngetest, buat roti ala pizza dengan menggunakan 
adunan ini...


selamat berpuasa hari yang ke 19

11 comments:

Akak..masa bulan puasa pun rajin mendonut..tabik spring laa kat kak liza nih..hehee..
Resepi nih cepat jer siap kan..kalau dah standby bhn2 tu cam nak buat cekodok jer..hee...tq kak..
takleh tenung lama2 donut ceklat nih..terliur lak..haha
 
hah..baru nampak pizza skali...adoii..lapo~
 
assalam rosaliza..terliur pulak nengok piza tu.
rosa letak apa tu..
 
sedapnya donat coklat tu....!!!!!
 
2 in 1...minta pizza 1 donut 2..
 
nak donat 2 riyal...
 
sedapnya donat salut coklat,,anak suri duk mintak donat..tapi nak buat malaslah kak..huhu
 
amboi meriahnya topping donut tuh..pizza tuh pun nmpk lembut jerr..
 
Assalamualaikum Kak Rosa..dtg nak ngendeng donut coklat tu, dpt 5 ketui pon jd le..mewah nya topping dia..
 
Assallamualaikum kak
Meriahnya donut akak.. Ada pizza lak tu.. Best...
 
nani tak pernah try resepi hasue...nampak mcm senang je sebab tak payah nk perap2..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...