Assalam buat semua, jomm jalan2 kat Pantai Remis Kuala Selangor, rasa2nya ni sekitar kampung Amie ni, kalo akk ke sini pasti teringatkan Amie heheh. Pantai sini tak lah cantik mana, tapi boleh mancing, main layang2 dan beli hasil laut yang segar Kerang dapat 3kg RM 5.00 je, pulak tu kerang kat sini best. Macam2 jenis cengkerang ada kat sini, akk datang hari biasa, hanya 1 kedai je buka. Kalo tak dapat tgk belangkas kijing, anak dara dua sebilik, remis dan lain2 lagi.. Selalu juga kami datang kesini, hari tu masa cuti Deepavali dah datang, tapi malas nak letak n3. Berbeza untuk kali ini sebab ada aktiviti mancing buat pertama kalinya disini...umpannya keropok lekor hahah, apa taknya si Aqil lah sibuk2 cari joran nak mancing, pg sana tak ada pulak org yg jual umpan tu.
masing2 nak tunjuk skill heheh..layannn je laa
Eqa, Aqil N Baby Adda sibuk mandi air yang agak berlumpur..ala ala madi berendam kat spa gitu
yeeehaaaa hasil pancingan pertama dari Along, ikan duri agaknya berat dalam 500g
ni dia si ikan duri...comel je tengok. Tak sangka pulak boleh dapat ikan, alhamdulillah
dan ini adalah hasil pancingan yg ke dua, ikan duri juga hasil dari Along juga, murah rezeki along. Si Angah pulak dapat juga , masa tarik2 tu terlepas la pulak , tak ada rezeki . Yang ini kecil sikit dari yg tadi.
mentari dah nak berlabuh .....
tgk tu syioook je diorang ni, sebenarnya tgh seronok , bila jumpa kerang, tu dok cari kerang lah tu. Dapat dalam 16 biji juga, masa ni air dah surut.
ralit je, akk ajak balik pun tak nak juga
subhanallah ..indahnya ciptaanMu Illahi
Cantikkan.
ini hasil kutipannya, masa kat pantai tak sempat nak ambil gambar. Tapi akk beli juga 3kg
Saturday, December 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
pantai ini memang tempat lubuk segala kerang, mentarang dan macam-macam lagi kerangan laut sampailah ke pantai Jeram sampai ke Kuala Selangor nu...dulu Amie memang selalu kejar ikan belanak di pantai Jeram, mengorek remis dalam pasir....aduh! rindunya pada kenangan lalu Rosa....
sekarang ni datang ke Pantai Remis pun sekali je dalam setahun masa balik kampung, itu pun sebab nak cari mentarang dan kerang segar atau pun belangkas, dulu kutip je belangkas sampai berkarung-karung ( ada orang tak makan telur belangkas, tapi kami makan telur belangkang panggang cicah air asam).
pantainya memang tak berapa sesuai untuk jadi tempat rekreasi sebab pantai berlumpur... tapi bolehlah untuk ambil angin, dan anak-anak main layang-layang.
ehemehemmm..nah minum smoothie durian belanda ni dulu. Betul tu Amie, kat situ memang mcm2 cenkerang laut ada, yang pernah tgk n tak pernah jumpa pun ada, siap ada sayur kampung lagi, mmg best gilerr hehe.
Kira2nya pantai jeram n pantai remis tu tempat permaianan Amie lah ya, dok tepi pantai main kat pantai, kalo umah tepi sawah main kat sawah, best zaman kanak2 penuh nostalgiakan Amie, Andai dapat ku undurkan putaran masa, pasti zaman kanak2 lah yg paling best.
Walaupun pantai ni, air dia keruh dan berselut sikit tapi akk suka ke sini hehe jauh pun sanggup juga pergi
Assalam Dik, mmg suka bila mancing dapat hasil, agak besar juga tuh heheh. Mana lama sangat, selalu kejap je pergi, mancing pun dalam 1/2 jam je tu
Pantai remis daerah kuala selangor, dulu2 pun akk tak tau juga, lepas ada famili ngan kwn2 my abe, baru tau wujudnya pantai remis heheh.
Seronok juga lah bila dapat tu. Setelah peram lebih seminggu dlm peti ais dan bila tekak dah hilang rasa mual n geli kat ikan tu, akk pun masak kari, masa mkn untuk lunch tu, ambil kuah je byk2,ikan cuit sikit je, pas tu ptg akk panas blk , maka laju lah sikit mkn lauknya hehe.
Anak2 mmg tak mkn langsung ikan tu, geli katanya huhu
lama dh x mancing ni...hihi
wahhh seronoknya, ct suka juga jalan2 tepi pantai. Tapi belum pernah sampai ke Pantai Remis ni. agak2nya kalau kesana berapa jam boleh sampai kalau dari bandar KL erk..hihihi
Teringat zaman kanak2 dulu masa duk JB rajin kutip kupang dan kerang bila air surut..memang nostalgia betul :)
laut...dimana2 pun memang seronok..akak suka tengok laut tapi tak suka mandi laut..lekit..hehe
syok kalau memancing ni dpt ikan...mesti segar kerang tu..bestnya..:)
Post a Comment