Assalamualikum dan salam sejahtera buat semua teman2 maya sekelian . Hari tu ada tengok Kak Erna buat timpan pisang ni, rasanya hujung bulan Nov 2011,tapi bila google cari jumpa yg kak erna buat hujung tahun 2010 pulak, tak kiralah janji timpan pisang.
Teringin nak makan, lepas tu hari rabu 30.11.00tu akk pergi ke tangling untuk beli kelapa muda yg sesuai di buat inti, bersekali dengan pisang. Akk guna pisang lemak manis,mengikut kata Kak Erna kalo guna pisang kapas lagi best n wangi. Ada je bahan2 akk terus memulakan operasi di dapur.
Sebenarnya kalo kuih2 pesen kena bungkus bagai ni selalu akk tak buat n kurang sangat kerajinan, gelora timpan ni kuat sangat. Maka ini lah hasilnya. Akk buat sikit sahaja, ingatkan anaknda seklian isi rumah tak suka. Semua suka pula, dapat lah sikit sorang untuk merasa, dan di minta buat lagi.
TIMPAN PISANG @ LEPAT PISANG
resipi : Kak Erna
olahan : embunrosaliza
Bahan2 ( anggaran sahaja )
11/2 cawan pisang yg di lecek
2 cawan tepung pulut
sedikit garam
~ satukan pisang dan tepung pulut, sekiranya lembik tambah sedikit demi sedikit tepung pulut ( adunan ini tidak di letak air )
inti kelapa secukupnya
Daun pisang
sedikit minyak untuk di sapu pada daun pisang
cantik timpan pisang ni, kalernya kekuning2an
yang ini bentuk bulat macam kuih koci sikit
kalo guna pisang yg masak ranum lagi best, akk buat ni pisang lemak manis yg baru nak masak, ada sikit rasa masam2 pisang tu, tapi masih sedap.
yang ini sebelum dikukus, saje ambik gambar dulu, takut bila masak tu terburai, pecah perut kaluar inti heheh, maklumlah akk ni tak berseni bab bungkus membungkus ni. Daun pisang tu daun pisang kapas yang akk tanam, la ni tgk keluarkan jantung heheh.
Memula tu ingatkan guna tepung pulut adunan macam kenyal2 dan liat sikit macam kuih koci, tapi tak liat pulak, dan rasanya sungguh sedap dengan manis2 si inti kelapa, suka3x sangat .
Rasanya ini kuih tradisional negeri sembilan kut. Ada sejenis kuih yg pertama kali akk makan tapi tak tau nama. Lama dulu jiran akk org N9 mak dia yg masak kuih tu, rupanya macam karipap,inti kelapa, lepas tu ada santan lemak masin di tepi2nya, dan di letak di alas dengan daun pisang, tentu Kak Erna dan Kak Anim taukan kuih tu.
p/s saya ni kalo makan lepat pisang yg ada intik kelapa putih +garam tu, terasa kembang pipi, tak ada kuih lain baru lah ambil lepat pisang.
Friday, December 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
boleh jugak digoreng..namanya sopang goreng.tepung pulut sahaja..tak campur pisang..adunanya macm nak buat buah melaka..bentukkan macam karipa tapi diletak inti manis tengahnya.masa nak bentiukkan tu..guna daun pisang jugak..tapi tak dibungkus..
selalunye lipat pisang dibuat dgn tepung beras..tapi yg ni lain npk berbeza..
Amie tengok di rumah Acik Erna hari tu pun dah terpikat, minggu lepas nak buat tapi suami malaslah pulak potong daun pisang kat atas pokok ... hu hu huuu
memang macam resepi barulah sebab pakai tepung pulut.
Nk buat terasa sangat kemalasan..ngengada kak rosa buatlah kih3
Post a Comment