Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 17, 2018

Solok Lada

Assalamualikum dan selamat petang buat semua. Solok lada siap utk di gandingkan dgn nasi kerabu. Menu berbuka bersama ayam panggang kenny rogers
 Terlebih rajin ptg  ni
 Siap masak amik gambar terus. Tunggu masa buka harus lupa.



SOLOK LADA
by: rosaliza @syaza liza


Bahan - Bahan


 10 biji Lada solok  - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
3  ulas bawang merah
2  ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam @ aji shio
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka dan serbuk secukup rasa
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat


*********************************************
CARA - CARA


1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 


2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 


3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis


4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ). 


2 comments:

Sedapnya solok...kat sini ssh benar nak dapat lada solok ni..kalau buat pun mesti kena guna lada hijau biasa tu
 
Ni ai beli masa blk ngudi hari tu elok pula simpan peti. Dah la duk atas keta 2 hari heheh. X bawa naik atas rumah pun
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...