Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 18, 2019

KEK MINYAK

Kek yg sentiasa buat tp sayang resipi tak tersimpan kat Blog tersayang.. nampaknya kena buat kek utk snap pic dan abadi resipi kat sini.

Gigih pagi ni siapkan kek minyak, boleh la buat mkn anak2 dua hari mama dan abah bermusafir.. semoga Allah permudahakn urusan kami dan sentiasa dlm lindungan Allah.

Save awal2 lgi resipi siap kek snap je gambar baru la cepat jadi N3

Saya ni dah terbiasa selalu copy dan paste dr blog kesayangan adinda saya Linapg
 Sebelum di bakar, setiap warna mewaki perisa
Taraaaa siap di bakar 40 minit.. panas lagi ni, belum di potong lg

RESEPI KEK MINYAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber MyR
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Sebiji kek dgn pelbagai perisa.. suka pula ank2 ku di buat mcm2 perisa mcm ni

3 comments:

I really thank you for the valuable info on this great subject and look forward to more great posts. Join Origin Access Premier and get sims 4 news Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories. Plus, get access to a library ..
 
Gebu gebas kek nya tuh.Alahai lama benar tak buat kek minyak ni.Last pun buat yang orang hahaa..
 
resepi kek sedap ni, mohon share ye admin
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...