Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 16, 2019

KETUPAT PALAS KELANTAN

Assalamualikum buat semua.. terlebih rajin pula sejak blk dr kampung.

Pada 11.10.19 bersamaan hari jumaat. Dapat panggilan dr kampung mengatakan sepupu meninggal secara mengejut. Kami satu keluarga blk, tapi x sempat pun jumpa dgn arwah sepupu. Damailah di sana Arwah Abe Ngah Jamal.

Berkisahkan pada ketupat palas, hari tu sempat juga la jenguk ke kampung tempat rumah lama kami adk beradik sebelum berhijrah ke Felda.

Maklum la hanya tinggal tanah je, rumah pun dh x ada.. jadi belukar dgn pokok paku pakis, tp pokok  buah2an asal tetap ada walaupun pokok dh tua dan tak terjaga, rambutan buah setar tetap setia berbuah walaupun x pernah ambil.. pokok palas pun byk tumbuh merata.

Saya ambil daun palas, bila byk rasa sayang pula sia2kan daun yg susah dapat ni. Maka terpaksa rajinkan diri bungkus ketupat palas. Anak2 pun suka pula makan ketupat inti serunding daging.

KETUPAT PALAS KELANTAN
Resipi : Rosaliza @ syazaliza

BAHAN2
1. 1kg Beras Pulut ( rendam 2 ke 3 jam )
2. 1/2 kg Santan
3. 11/2 cawan Gula
4. 1 sudu besar garam kasar
5. Daun palas secukupnya
6. Daun pandan
7. Serunding Daging

CARA2
1. Didihkan air, Kukus pulut bersama daun pandan hingga naik wap, lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan santan bersama gula dan garam sehingga gula hancur dan tutup api, x perlu sampai mendidih.
3. Apa bila pulut masak, alihkan ke bekas atau besan yg agak besar.
4. Kemudian masukkan santan yg dipanaskan tadi.. proses ini kami panggil ARUNG... kacau sebati santan dan pulut... biar bergaul mesra.
5. Biarkan pulut sejuk betul2, lebih kurang 2jam.
6. Bila sejuk boleh la di bungkus dgn daun palas sehingga habis. Masukkan pulut kemudian masukkan sedikit serunding kemudian tutup blk dgn pulut.. bungkus kemas2.
7. Siap semuanya potong lebihan daun2.. dan di guna utk lapik bawah periuk.
8. Rebus ketupat dgn periuk yg tertutup. Air separuh periuk.
9. Rebus dlm 30 minit, kemudian keluarkan air dr periuk dan rebus sehingga air betul2 kering utk tahan lebih lama.
10. Siap boleh la di makan panas2 atau sejuk.

 Selepas di rebus
 Inti serunding
 Pokok palas dalam semak samun
 Daun palas, kena buka terlebih dahulu
 Amatur balut ketupat 1kg pun hampir 2 jam siap huhuhu.. mkn sekejap je
 Sebelum potong daun2 tu
Dah siap potong nampak kemas sikit

1 comments:

Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...