Assalam dan salam sejahtera.. hari ini x ada menu masak2 kita bercerita pasal kisah kami team ride ke Bukit Larut.
Selesai sarapan pagi kat Hotel Sri Malaysia, kami bergerak ke Bukit Larut yg x sampai pun 2km dr hotel.
Sampai kat Bukit Larut dlm pukul 8.20 terus berkejaran ke kaunter tiket.. tp sayangnya tiket dh habis utk hari tersebut.
Rupa2nya org lain seawal 6.30am dh beratur utk membeli tiket naik ke puncak bukit. Tiket di sini tidak boleh di booking, tetapi hanya dgn beratur sahaja baru dpt tiket. Tiket pula Hanya utk 100 org sahaja sehari.
Mengikut jadual naik ke atas pukul 8.30 kemudian turun pada jam 11am. Mengikut sumber kekurangan kenderaan naik ke atas menjadikan faktor hanya utk 100 org sahaja dpt naik.
Kalau mempunyai stamina yg kuat dan sangup hiking boleh je naik ke atas, tetapi ambil masa selama 3 jam utk ke atas. Team Ride kami tidak mahu mengambil risiko. Hanya jln2 sekitar kaki bukit sahaja.
Seronok tgk keindahan alam semula jadi
Santai Ride
Wednesday, October 23, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment