Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 30, 2019

Keropok Lekor dan Sos Pencicah

Assalamualikum dan salam sejahtera. Memandangkan kami baru saje blk dr famili day di Ganu Kite, x sah kan kalau x.beli kopok. Masa kat sana hari2 mkn kopok lekor.

Blk x bli byk pun kopok lekor, byk kdai dh tutup masa kami otw blk. Kopok keping byk juga la utk di bagikan pd kwn2 rapat.

Memandangkan sos x ada.. mula la mengoogle cari resipi.. tgk ada kat my rasa resipi sos.. buat pun sekejap je rasa sama yg mkn kat ganu.

Kopok lekor ada lagi baki satu bungkus sos dah habis ank2 mkn.
 Saya buat Sos sahaja, keropok lekor tu yg di beli ya
Sos yg siap di tapis nampak comel je tanpa.cili2 dan biji cili

Resipi keropok Lekor dan Sos pencicah
Resepi : my rasa.com
Di cuba : syazaliza@rosaliza

Bahan – bahan:

Keropok Lekor:
  • 1kg ikan selayang yang segar
  • 300 gram tepung sagu
  • 150 ml air sejuk dari peti
  • 2 sudu kecil garam
Sos:
1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan lada kisar
  • Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
  • 2 gelas air
  • Rosaliza tambah sedikit tepung jagung

Cara – cara penyediaan:

Keropok Lekor:
  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dan garam bersama air.
  3. Uli bahan kisar bersama tepung sagu.
  4. Bentukkan doh memanjang dan taburkan tepung sagu supaya tidak melekat.
  5. Rebus keropok lekor sehingga terapung.
Sos:
  1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
  2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.
Nak makan kena tapis dulu.. ini snap dlm periuk, baru nampak real buat hehhe

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...