Salam maal hijrah buat semua. Hari ini terasa sunyi je dunia maya ini. Agaknya ramai yang cuti2 Malaysia. Hari ini akk dok rumah je, baru je lepas buat karipap doh Tun, kenyang lagi ni. Boring pulak rasa bila dunia maya ni sunyi dan sepi. Walaupun dimana anda berada, akk doakan semoga sentiasa dilindungi Allah sentiasa.
Macaroni goreng menjadi kesukaan anak2. Tapi yang ni buat masa mandi manda hari tu, letak sekejap je licin, yang paling byk mkn si along la hehe.
Kat dalam macaroni tu ada daging, sosej dan telor. Kalo buat basah2 macam ni anak2 mmg suka sangat. Akk ikut cara Knor secubit garam letak air rebusan dalam macaroni ni, ternyata lagi sdap.
MACARONI GORENG
resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
1 peket macaroni - akk guna san remo
( direbus hingga lembut bersama sedikit minyak )
1 cawan air rebusan macaroni - akk guna lebih secawan
2 labu bawang besar kuning *
5 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* rebus seketika
2 biji tomato*
1 biji telur
2 kiub ayam
Sos ikan atau nampla
4 batang sosej
sedikit daging yang sudah direbus / isi ayam
Sedikit Oyster
Garam secukup rasa
1 batang carrot - di sagat atau dipotong mancis
Sedikit minyak
Cara2
1. Rebus macaroni bersama sedikit minyak sehingga lembut, asingkan 1 cawan atau lebih air rebusan macaroni. Toskan macaroni.
2. Blender bahan2 bertanda (* )
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender tadi, kemudian masukkan terus isi ayam atau daging yang telah direbus. Tunggu sehingga wangi. Masukkan oyster, kiub, sos ikan dan juga sedikit garam, gaul sebati
4. Masukkan secawan atau lebih air rebusan tadi. tunggu hingga mendidih
5. Kemudian masukkan carrot, dan diikuti macaroni, gaul hingga sebati, buat sedikit lubang di tepi kuali, pecahkan sbiji telur, tunggu sehingga telur pekat, barulah di gaul2 mesra.
6. Sesuaikan rasa, siap. Alihkan macaroni kedalam bekas yang sesuai.
Nota kaki :~ jika dibiarkan mee atau macaroni didalam kuali akan menyebabkan mee,kue teow atau macaroni kita menjadi kering. Mengikut pengalaman akk la, heheh selalu gak lepas cedok dalam bekas, yg lebih tu biar kat dlm kuali, apa2 yang kita masak basah2 jadi kering atau kembang semangkuk heheh mungkin cara org lain berbeza, ini cara akk
Saturday, November 26, 2011
Friday, November 25, 2011
MUZIUM - 20.11.2011
Pada hari ahad lepas akk n famili serta anak2 buah my abe kat Cheras tu sempat ke muzium. Pada hal muzium dengan umah akk ni tak pun sampai 2km, dan memang sentiasa ulang alik jalan tu. Masa pagi2 tu sebelum bf kat lake garden ( nasi ambeng ) anak2 ada minta nak ke muzium, tapi akk tak setuju, malas je org ramai. Lepas balik dari Gombak lepas perjumpaan anak2 TM kami pun singgah kat Muzium, biras akk bawa anak2nya kesitu, jadi akk pun ikut sama lah juga. Oh ya tiket masuk rm 2.00 13 tahun keatas, pas tu untuk lihat pameran kena bayar lain, la ni pameran Khazanah kapal karam, akk tak sempat masuk kerana ada temu janji pulak dengan orang di puncak alam kul 5.00pm . Jadi takleh nak cerita apa ada kat dlm tu :~
NASI LEMAK HALBA
Assalamualaikum buat semua dan salam ceria. Sekarang ni kalo buat nasi lemak mesti akk tambah halba dalam nasi , suka sangat bau daun pandan dan halba tu , terasa macam bau nasi dagang. Anak2 pun suka dengan aroma ini.
NASI LEMAK HALBA
resipi: embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2:
4 cawan beras
4 cawan santan
1 sudu besar halba
3 helai daun pandan
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia- di mayang
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Cara2:
1. Cuci beras hingga bersih, kemudian masukkan santan dan lain2 bahan.
2. Masak nasi macam biasa, apabila nasi masak tunggu seketika barulah di tutup plug.
nota di kaki : kalo masak nasi beras siam. contohnya cap pisang atau arnab, lebihkan santan 1 cawan lagi, sebab beras ni keras
Aroma nasi ni sama dengan nasi dagang, harum semerbak
kat rumah akk menu paling laku nasi lemak sambal mama heheh,

Thursday, November 24, 2011
APAM GULA HANGUS
Sedap lembut gebuss dan gebass apam gula hangus ni, anak2 akk pun suka dengan rasa. Resipi kak besah ni memang sedap, tengok pada laporan masakan ada Cheq sue, Quinnie, juga Nuni (nani ). Semalam tgk Yana buat apam gula hangus tapi resipi lain.
Apam gula hangus ni akk bawa masa mandi kat sungai kmensah hari tu, sangat sedap lemak manis rasanya
1 cawan gula - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
1 cawan majerin @ mentega
11/2 cawan gula - akk letak 1 cawan gula perang
3 biji telur
3 cawan tepung gandum
2/3 cawan susu cair @ bancuhan susu tepung -150ml bancuhan susu tpg
1 sudu makan soda bicarbonate.- akk boh tak penuh sangat takut pahit
Cara-cara
1. Masukkan secawan gula dlm kuali, goreng (tanpa minyak ya..)hingga kesemua gula cair ; jadi coklat keperangan.pastu masukkan secawan air. didihkan lagi hingga agak pekat. bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.
2. Blend gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.(gune blender cili je).
3. Masukkan sodabicarbonate n blend 5 saat.
4. Masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
5. Tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.akhir skali masukkn susu.kacau sebati dengan pengacau telur manual.
6. Panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.
7. Sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.
perbezaan kuku dengan api besar dan kecil
api kecil , elok je muka dia licin sekata
guna api besar..kembOOng semangkuk heheh, rasa tetap sedap, cuma dlm dia ada lOObang je, mukanya ada mcm kelopak bunga

Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
KARI DAGING ~ secubit garam
Tahniah..tahniah..tahniah buat semua pemain Malaysia, berkat doa rakyat Malaysia semua, Malaysia berjaya meraih pingat emas, alhamdulillah. Puas hati tgk hingga ke pukul 12.00am. Terima kasih juga buat pengadil yang sangat adil dan cool , nampak sangat tak ada sikap pilih kasihnya . Syabas sekali lagi buat Harimau Muda.
Bercerita pasal menu kari daging secubit garam pulak ya. Bukannya akk letak secubit garam ya, sebenarnya ambil resipi kat dapur KNor secubit garam. Sesekali layan kari daging best juga, akk selalu masak kari tak letak rempah 4 sekawan pun, simple2 je kari kesukaan akk n famili ni. Tetapi kekadang tu akk suka juga makan lauk kari yang orang laon masak, ada yang menepati citara rasa dan ada yang jauh lagi nak kena ngan citarasa akk ni. Macam2 pesen kari ada yg suka cair je dan ada yang pekat, ikut selera dan kesukaan famili masing2.
Bila di google2 terjumpa blog K Nor Secubit Garam. Cara kak nor masak kari sama macam akk, cuma selalunya akk tak boh daun kari je dan guna asam keping. Kali ini buat stail kak nor pula. Tapikan alangkah gembiranya kalo dapat makan hasil air tangan kak nor kan heheh. Oppps... ni daging yang beli ya, daging korban dah lama habis hehe.
Minta izin ya kak nor saya nak c n p resipi kat sini, terima kasih banyak2.
KARI DAGING
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan:
500gm daging ~ dipotong- daging akk siap di rebus dah
2 sudu besar cili mesin- akk tak letak anak2 yg kecil x tahan pedas
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia * ~ * (diblend)
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 biji ubi kentang ~ dipotong
3/4 cawan santan pekat - akk guna 1/2 biji kelapa
3 cawan air
air asam jawa
garam
gula- sedikit gula melaka
2 tangkai daun kari
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari, tumis hingga pecah minyak (utk menghasilkan tumisan yg pecah minyak dgn elok bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air)
Kemudian masukkan daging dan goreng lebih kurang 10 minit.
Masukkan ubi kentang dan 1/2 cawan air dan masak lagi lebih kurang 15 min, kemudian masukkan lebihan air.
Masak hingga daging hampir empuk dan masukkan santan dan masak hingga mendidih (kacau sentiasa supaya kuah tidak naik kepala)
Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.
buat untuk lunch , mlm tu kami makan cicah roti gardenia, sedap, rasa mcm mkn gulai cicah roti kat kampung pula

Monday, November 21, 2011
MANDI MANDA DI SG KEMENSAH
Assalamualikum dan selamat petang buat semua, jam dah pun pukul 5 petang waktu ini, baru sempat nak letak n3, tuan umah sibuk berjalan2 dihari cuti ini. Pada sabtu baru2 ni lepas je adda habis program NUR ( nilai untuk rujukkan ) kat sekolah, lebih kurang kul 11.30 akk n famili pergi ke sungai kemensah. Mengikut urus setia projek ni kami berkumpul dan bertolak kul 8.30am lagi.
Mungkin ramai yang tidak tahu wujudnya sungai kemensah ini, termasuk akk juga. Walaupun dah bertahun dok KL tapi akk tak tahu pun ada tempat beriadah ini. Laluannya senang je iaitu melalui jalan tepi Zoo Negara dan menuju ke kampung kemensah. Sebenarnya mandi manda kali ini ramai iaitu famili dan cikgu pemain hoki sekolah., ada 7 keluarga, memang meriah sangat dengan anak2 dan makan2.
senang kat sini bilik pondok pun ada untuk di sewa kalo tak salah akk rm 40.00 sepondok, kami sewa 2 pondok
ada acara bbq juga, yang dalam bekas eskrem kuning tu ikanm patin yang di tangkap di sungai ini, sedap isinya manis, agaknya pertama kali akk makan yg ikan patin sungai dan ditangkap , masa mereka tangkap tu akk belum sampai lagi
amani yang memula tu takut air, nak rendam kaki pun tak mau, emmmm pas tu habis basah suka lak dia
masa balik kami lalu ikut highway akleh, tgk dah gelap sangat atas lagit tu, tapi bila sampai rumah akk cerah lagi, baru nak hujan je,

Subscribe to:
Posts (Atom)