Salam dan selamat petang buat semua...Hari ini akk lunch dengan nasi kerabu...dah lama dok cadang2 nak buat nasi kerabu ni..tapi ada2 je lah, letih la malas la n mcm2 lagi. Nasi kerabu akk biasa je, akk ada beli juga bawang jeruk tapi lupa lak nak ambil kat peti ais......nampaknya malam ni pun akk mkn nasi kerabu ni juga lah...kalo ingat akk snap pic yang ada bawang jeruk tu...best kalo mkn ngan nasi kerabu ni...jom makan nasi kerabu...yang kerabunya pun kurang je...tak ada daun2 ijau la. Terima kasih buat adik akk egieazira yang banyak membantu akk masak nasi kerabu ni...huhuhu mlm ni dia merantau lg umah kakaknya yang lain pula di Kelantan .Terima kasih ya ucu :~
Akk guna cili / lada dari kelate untuk buat solok memang best....pedasnya kurang sikit
Tersikit je letak kat pinggan dah siap pun solok akk ni...lada2 pun kecil je, 3 biji dpt akk mkn ngan nasi ni}~
RESIPI SOLOK LADA
Lada solok 10 biji - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat
*********************************************
CARA - CARA
1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam.
2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar. Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas( kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut.
3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis
4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit )
nota* boleh guna sebarang cili berkaler hijau, tapi kalo guna lada solok lagi best.
Agak2nya kalo kat KL ni RM 5.00 sepinggan dapat tak heheh. Ambil lah ya kalo ada sapa2 yang dah lama tak makan nasi kerabu.....
Monday, May 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Post a Comment