Sunday, May 30, 2010

PUDING KOKTAIL KASTARD BERKUAH

Salam dan selamat pagi buat semua rakan2 di alam maya ini....semoga sihat dan ceria sentiasa. Petang semalam akk buat puding kastard......dah lama sangat terasa nak makan dan cuba resepi ni. Resepi sebenar akk tak pasti, cuma dlm kastard tu di letak agar2...jadi puding ni rasanya lembut sangat. Akk selalu makan yang biras akk buat tapi tak terminta pula resepi, jadi akk cuba2 lah sendiri, nasib baik menepati citarasa akk ni. Sukatan yang tepat tak dapat la akk berikan, tetapi sukatan taram je akk guna heheheh, jom makan puding best ni sejuk je tekak :~








Untuk puding

1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan air utk membancuh tepung kastard
5   cawan air.
3/4 cawan susu cair
gula secukup rasa- lebih kurang 3 sudu besar
sedikit agar2- 1 sudu besar

cara2
Satukan kesemua bahan2 di dalam periuk, kemudian masak hingga kuah pekat dan mendidih. Sejukkan.

Kuah


4 cawan air
Baki susu cair tadi.
gula secukupnya - 5 sudu besar gula
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan air utk membancuh tepung kastard

Cara2

Satukan kesemua bahan2 didalam periuk, dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau aduanan, dan masak hingga mendidih. Sejukkan


1 tin fruit cocktail

Puding sangat lembut strukturnya. Cara menghidangnya sesuka hati...sebb anak2 akk ni ada yg mkn puding ngan kuah je, ada pula yang mkn buah ngan kuah je.....mana2 pun boleh..janji habis dan tak membazir

12 comments:

sdap sgt puding ni....lembut//lmak brkrin gtu....ahaks~ i like...hehehe
 
kak rosaliza nak skiitt..kuah ngan semua isi nye ye,nak 2 mangkuk boleh..mm kuah tu nak sejuk sejuk baru best..tak nak kasi? alalaaaaa
 
nikmat sekali nampaknya.... CeLoteh ALa FaceBOOK
 
AKK YG PUDING TU KACAU ATS API K X?
 
salam rosaliza..akak baru siap buat puding ikut resepi gak..buka sini ada lagi..nanti nak cuba jugaklah..terima kasih..ye.
 
sdpnya kak..
antar london satu..
hehehe
 
salam ezzira ~ heheh tq lain kali boleh buat n mkn lagi ya...nnt dtg pula ya KL


salam Izah ~ memang sedap sangat makan bila dah sejuk tu...tq ya izah....amik la nak semua pun hehehh
 
Maz Andy ~ tq ya...emmm sedap bangat

Salam Aufi ~ puding ni akk kacau atas api sampai pekat. Kuah dia pun kacau atas api juga...tq ya mama aufi
 
salam Kak erna ~ puding ni ikut mana2 resepi pun sedapkan...sejuk je tekak, tq ya kak erna

Salam Long Haffiz ~ nganga mulut tu akk ....tq ya perantau london
 
sedap tu puding koktel..wah pantas sekali meng'edit'
 
salam lina_pg...tq ya kesilapan teknik sebenarnya...abiss lari resepi hwhheeh..akk pun tak perasan. tq ya
 
sedapnya..adoi..lpar tgk..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...