Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Sunday, June 13, 2010

KUIH LAPIS

Salam dan selamat pagi...hari semakin meninggi...baru sempat letak n3 bf akk anak beranak pagi ni...rajin sikit ari ni melapis kuih ni....Jom la bf sama akk ada lagi ni :~

Kaler merah terang dah habis jadi akk guna kaler pink tu yang jadi pucat je kuih lapis tu...tapi juri kata sedap heheheh....juri akk mmg dah kena sogok ngan masakan akk....kalo cakap tak sedap tak payah makan senang citer heheheh...anak2 akk memang suka kuih lapis ni tak keras n tak lembik sangat.

resepi asa akk letak kat sini ya senang untuk rujukan bila nak buat lagi....

Bahan2

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
31/2 cawan santan...lagi lemak lagi sedap, akk guna sebelah kelapa je
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah

Cara2

1. Panaskan pengukus, sehingga air mendidih

2. Satukan kesemua bahan2 diatas, kemudian blendkan atau dikacau sehingga sebati ( akk blender je senang   keja  ) . bahagi kan kepada 2 bahagian. 1 diwarnakan merah dan 1 lagi di biar kan warna asal. Kalo nak adunan sama rata, bahagikan pula pada 3 bahagian. kalo malas anggaran 2 senduk untuk 1 lapis adunan.

3. Mula lapisan dengan warna putih...tunggu 2 minit, atau aduanan hampir keras, kemudian lapis warna merah, buat lah berselang seli warna sehingga habis. Kukus lagi dalam 20 minit. .........siap

4. Tunggu sehingga sejuk barulah dipotong........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...