Monday, August 16, 2010

DAGING MERAH ALA THAI

Salam buat semua...tentu dah bersiap2 ke masjid atau surau untuk menunaikan sembahyang terawih pulakkan.....Malam ni abe keja mlm jadi anak2 pun tak pergi juga terawih, lagi pun hujan lebat juga sekitar umah akk ni.....

Semalam akk masak daging merah ala tahai ni...memang best sangat, anak2 cukup suka...yang penting lagi sedap dari kat kedai tu...heheheh, tak rugi mencuba resepi ini. Resepi ni akk ambil dari MYResepi...terima kasih pada tuan punya resepi.

Akknya tak ada byk hiasan...cuma ada kubis bunga je

Minta izin c n p resepi ya untuk rujukan masa hadapan.

DAGING MERAH ALA THAI

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

4 comments:

salam rosaliza..akak pun suka cari resepi dan ada masanya buat..akak rasa sejak akak tau memenafaatkan internet ni..banyak juga faedahnya..dulu akak tak tau sangat..tau you tube..online paper.dan tengok sinetron je..
 
salam kak liza:
saye pun suke jugak try resepi mcm ni..saje nak ubah selera....

semoga akak sihat dibulan ramadhan ni...
 
salam kak erna...itulah kan mmg banyak manafaat internet ni selain, mmg byk saya dpt resepi n mencuba resepi dari internet terutama Myresepi dan rakan2 blogger yang lain, terimakasih buat semua
 
Salam ain...sekadar mencuba resepi apa salahnyakan...boleh mempelbagaikan masakkan...akk ni batuk2 dah lama la ain mmg cobaannnn lah di bulan ramadan ini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...