Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Sunday, August 1, 2010

SAMBAL PETAI UDANG

Salam dan selamat pagi buat semua, orang lain tayang menu BF tapi akk tayang sambal petai udang di pagi yang hening ini.....Sekejap je masa berlalu..hari ini dah 1.8.2010, dan hari ini juga merupakan hari jadi bonda akk, selamat hari jadi Ma moga panjang umur dan dilindungi Allah selalu:~



Sambal ni simple2 je akk buat

~ Sedikit Udang bersaiz besar anggaran 10 ekor - belah belakang dan digaul dgn sedikit garam kunyit
~ Petai secukupnya
~ 1 labu bawang besar*
~ 3 ulas bawang putih*
~3 biji cili merah*
~ 1 biji tomato - di hiris memanjang
~ 1 batang serai di ketuk manja
~ garam
~ sedikit kiub ayam/bilis
~ Minyak untuk menggoreng udang
~ sedikit air

Blender bahan2 bertanda * diatas. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan toskan, gunakan sedikit minyak dan tumis bahan2 bled dan masukkan serai...apabila naik bau masukkan tomota hiris tadi...kacau hingga layu, masukkan bahan2 perasa, kemudian masukkan petai dan udang, jika terlampau kering masukkan sedikit air. Sesuikan rasa.....siap.

Pgi ini anak2 makan roti canai n akk mkn nasi kerabu bungkus je heheh

5 comments:

selamat uha ri lahir juga untuk bonda ros..semoga sentiasa didalam perlindongan allah ..dan diberkati sentiasa..
 
Salam kak liza,
Selamat hari jadi buat bonda kak. Moga diberi kesihatan berpanjangan..
Takpe kak.. saya pun slalu gak tayang dinner time sarapan. hihihi
 
Salam kak Erna...terima kasih ya kak atas ucapan buat bonda saya tu
 
Salam Indah..terima kasih atas ucapan itu...heheheh kira2 menu basi latu heheh..akk tgh cari gambar bonda untuk di upload, dlm fail mana tah
 
mmm kak syedaptu sambal udang.. lelagi ader mix potai to SK suker tu.. join..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...