Sunday, December 26, 2010

PULUT SERIKAYA

Salam ceria buat semua, hari dah masuk kul 12.40pm baru nak letak n3 bf pagi ni...nak tunggu sejuk punyalah lama rasanya. Tapi puas hati hasil yang memuaskan. Terima kasih buat YATIE, resepi akk C n P umah LINAPG. Terima kasih ya.





PULUT SERIKAYA
Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka(akk guna 3 keping nisan)
* 1/2 cawan gula pasir 
1/2 cawan gula merah (tak letak)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) akk xboh

Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

tTerima kasih Yatie resepi yang sedap ini

9 comments:

waduhhh terasa membuak2 nak membuatnyer..... oasti sedap neh!
 
sedap kan pulut sekaya ni..ada lagi ke tu?
 
salam ros..ros namakan pulut serikaya ye..sama kan..dengan serimuka
 
Salam Kak Rosa,
Cantik dan kemas je potongan kuih pulut serikaya akak tu...terliur je tngk...thanks sudi mencuba..
 
akak bila nak wak kuar buku resipi ni

http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/abang-senyum-demi-adik2-abang.html
 
}~ Hana..sedap sangat pulut sekaya ni hana...tak ada stok beras pulut ke heheh


}~ Linapg...mmg sedap sangat, makan tak ingat orang lain hehe..lemak berkrim gitu
 
}~ Kak Erna...kalo yang kaler ijau tu saya panggil pulut seri muka, dan yg kaler coklat ni spesel sikit pulut seri kaya.dan rasanya lain sikit


}~ Yatie...memang sedap sangat resepi yatie ni lembut je kepala dia tu. Pas tu akk tak tau sebelum ni main potong guna pisau je...ni akk potong guna pisau plastik baru dia tak melekat kat pisau, tq ya yatie
 
}~ Kak Erna...kalo yang kaler ijau tu saya panggil pulut seri muka, dan yg kaler coklat ni spesel sikit pulut seri kaya.dan rasanya lain sikit


}~ Yatie...memang sedap sangat resepi yatie ni lembut je kepala dia tu. Pas tu akk tak tau sebelum ni main potong guna pisau je...ni akk potong guna pisau plastik baru dia tak melekat kat pisau, tq ya yatie
 
}~ Mizi..heheh akk bukannya pandai masak pun mizi..sekadar mencuba resepi rakan2 dialam maya je. tq mizi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...