Friday, February 11, 2011

APAM PISANG

Assalammualikum buat semua...beberapa hari yang lalu akk ada buat apam pisang yang simple ni, rasanya boleh tahan dengan bahan2 yang simple tu. Malangnya akk sorang jelah yang makan anak2 tak layan langsung huhuuh...akhirnya suku loyang masuk tong sampah, tak larat dah akk nak telan sorang2..pipi pun dah jadi cam apam gak, Napelah anak2ku n suamiku tak suka apam yang simple ni. Akk suka sebab akk yang masak kan kan.

Minta izin ya akk copy n paste kat sini kalo2 ada yang ingin mencuba

APAM PISANG JUNJs11 @ MYRESIPI

Bahan-bahan ( satu loyang kecik. )

  • 6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
  • 4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
  • 1 biji telur
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara

  1. Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
  2. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
  3. Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.


akk makan ngan kelapa sedap....tapi tak dapat nak pikat anak2 juga huhu

6 comments:

la awat depa tak suka kak?..lain kali mai antaq kat umah nieza la kak..leh nieza tolong abiskan...ekekeke
 
Betul3x, hantaq kat rumah saya pun garenti habih....
 
assalam rosaliza..
nasib la anak2 dan suami akak ni kaki makan ..kalau tak..macam tu jugak agaknya ros..
 
Lorr..anak2 akak mmg tak layan ke apam pisang ni?kalo kukus kat bekas kecik2 pun diorg xnak ke kak?kat umah ni bermusim..bila dah suka,memang suka smpai x benti makan..bila dah xmoh..mmg xnak..hehe
 
salam kak rosa..saya kalau hubby tak mau makan mesti ugut tak nak masak apa2 hehe..ugut main2 je..pastu dia mesti habiskan..
 
apam pisang?? macam best ja

saya dah ubah segala blog saya.. dah naik taraf dan ditukar secara maksimumnya..

http://www.contengcorner.com/2011/02/cerita-aku.html
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...