Saturday, February 12, 2011

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum buat semua sahabat di alam maya ini. Hari ni tak ada masak2 kat umah akk ni, tengah hari tadi pergi kenduri aqiqah n cukur jambul kat Cheras, balik2 umah sibuk dok layan dil to pagal hai pulak, dah lama tak layan hindustani ni best pulak.

Kuih lompang ni pun buat 2 3 hari lepas lepas buat apam pisang tu. Ini lah kuih lompang ku yang malu2 kucing nak tayang lesung pipitnya....lengkuk manja2 je. Rasanya memang sedap, yang ni sekejap je licin kat umah akk, ada rasa macam kasui}~






Resipi ini akk ambil dari Myresipi @ sweetlilly01

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan ( . )

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

  1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.



ingatkan nak tayang roti goreng rangup, gambar lak takleh nak transfer dari kamera...

6 comments:

asalam rosaliza..
sedapnya kuih lompang.
akak memang suka.masa akak dok kuaters klia dulu..ada satu gerai yang jual kuih lompang ni..memang sedap..
 
sedapnya...lama tak makan kuih lompang
 
saya pun lama tak makan kuih lompang...nak buat punya la malas skrg..dapat masak nasi pun dah kira Syukur sgt2...2011 yg sungguh bz la..
 
salam kak rosa..saya pun suka kuih ni..lama tak makan..dalam pantang mak selalu bg makan kuih ni tp tanpa kelapa lah,,
 
saya suka kuih ni..bilalah nak buat..hihi
 
nak kuih lompang 5 ketul kak..x penah lg buat nih..ingatkn sama ngan kaswi..hee
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...