Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini akk nak kongsikan resipi solok lada. Sebenarnya ada macam2 pesen buat solok lada ni. Ada yang suka guna kelapa mentah, ikan mentah, dan macam2 pesen lagi. Jom kita tengok rupa solok dulu, kut2 ada gak yang tak kenal...ada ke ? heheh
Gini lah rupa solok lada, akk guna lada hijau untuk solok, beli masa balik kampung hari tu. Lada pesen ni tak pedas langsung. Kalo yang hijau muda sikit tu ada yang pedas dan ada yg kurang pedas.
SOLOK LADA
Lada solok 10 biji - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat
*********************************************
CARA - CARA
1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam.
2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar. Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas( kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut.
3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis
4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ).
Boleh juga tengok SINI solok lada yang guna cili hijau muda tu dan pedas tu
Inilah rupa lada solok tu, memang tak pedas lagsung, akk suka . Badannya montok2 sikit hehe.
Bahan2 untuk di tumbuk..ikan rebus lupa lak nak snap
Kelapa dan bahan2 tumbuk yang telah di gaul
pecahkan sebiji telor dan gaul. kalo x letak pun tak apa, tp mcm kering sikit
masukkan ke dlm periuk, pas tu tutup periuk, dan msk dengan api yang perlahan.
taraaaa siap, enak dimakan bersama nasi kerabu atau kari2. Masa kenduri kawen solok lada ni amat popular dan menjadi menu sampingan.
Selamat bercuti dan selamat menyambut maulidur Rasul, semoga hidup kita di berkati Allah selalu.
Tuesday, February 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Kat sini solok lada dijual dgn hrga RM1 seketoi..huhu..
salam maulidulrasul..
akak suka makan solok lada.tapi tak pernah buat..beli aje..
http://www.contengcorner.com/2011/02/dah-tempah-tiket.html
Kalo ada cili ijau boleh lah sue cuba buat sikit heheh..mcm kerabu kelantan sue.
Kalo nak buat sambal nasi kerabu pun bahan2 gini jua
Post a Comment