Tuesday, February 22, 2011

TERESEK

Assalamualaikum buat semua....mohom maaf banyak2 kerana n3 tergantung atau digantung tak bertali gitu, ada tajuk tak ada cerita, dah lah ramai sahabat yang tak mengenali menu yang popular dikelantan. Mohon maaf banyak2, bukan apa sebenarnya Dak kecil Amani ni tak berapa sihat, selsema n batuk, tapi ragamnya mcm yang demam lak, langsung tak nak duk kat bawah nak BW ngan dia pun dah tak amboh dah huhuhu...ptg ni dia dah baik sikit dari segi perangai tu, boleh lah akk cerita sikit.

Teresek ini sebenarnya sejenis makan yang sangat popular pada masa dahulu, zaman akk kecil2 dulu selalu dapat makan teresek ni. Teresek biasanya dibuat dari jantung pisang, kacang panjang ada juga sesetengah orang menggunakan batang keladi dan di campur dengan bahagian tulang2 ayam ( keropeh heheh ) pedal dan hati ayam. Selalu orang buat semasa kenduri kawen. Akan tetapi akk tak jumpa atau jarang sangat jumpa sekarang ni di tempat kenduri kawen...susah sangat nak makan. Tapi di bulan puasa senang yang amat untuk mencari teresek ini, sebagai pembuka selera.

Hari tu bila tengok rumah LINAPG ada teresek kiriman dari bonda , akk pun teringin lah juga nak makan dan buat teresek ini. Almaklumlah tahu makan, tak tahu nak buat, maka aka pun calling2 lah bonda akk sekadar tanya bahan2 yang digunakan.


Inilah rupa teresek jantung pisang akk yang dicampur bersama cili dan isi ayam

Yang ini nampak fresh je, masa panas2 tu akk terus ambil pic , takut terlupa nak ambil masa nak makan tu..lain sangat nampak pic kan,berkuah

Setelah lama bertapa dalam kuali kuahnya jadi kering n kaler pun bertukar, Selalu yang akk makan macam ni lah rupanya.

Pada mulanya akk ingatkan teresek ni menggunakan serbuk kari, rupanya sedikit pun tidak menggunakan kari. Bahan2nya sama dengan gulai darat.

Untuk resepinya akk hanya boleh bagi bahan2 asas sahaja, kerana kertas yang akk guna untuk tulis bahan2 tu melayang entah kemana.

TERESEK BONDAKU

~  1 biji jantung pisang - dihiris dan dicelur sekejap
~ 5 biji cili hijau / cili padi, untuk lebih pedas
~ ayam - di potong sederhana
* 1 inci halia
* 1 inci lengkuas
*  Sedikit kunyit hidup 
* 6 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar holland - 
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu besar ketumbar biji - disagai dan ditumbuk halus
* 5 tangkai cili kering
~ 3 cawan santan
~ 2 sudu besar kerisik
~ 1 keping asam keping
~  garam, nisan/gula  melaka, secukup rasa


Cara2 membuatnya


Blenderkan semua bahan2 yang bertanda *, sediakan kuali, masukkan ayam, bahan2 blender tadi, garam , nisan, asam keping,  dan di masak seketika, atau ayam separuh masak. Kemudian masukkan jantung pisang , guna kan api yang sederhana, selepas itu masukkan kerisik, dan cili hijau. masaklah sehingga kuah tinggal sedikit, atau hampir kering. Siapppp


Nota : bahan2 diatas juga  boleh digunakan untuk masak gulai darat kelantan, tapi biar berkuah.

Mohon maaf ya kawan2 yang telah memberi komen pada resipi teresek ini, dan terima kasih atas sokongan kalian, sayang semua

14 comments:

sedapnya teresek...cilok rcp bonda ke?kompom sedap nehh..nakkkkk
 
teresek ni apa kak

http://www.contengcorner.com/2011/02/tiada-apa-lagi.html
 
assalam rosaliza..akak pun nak tau jugak..teresek tu apa..
makanan yang dibuat dari ape..saje buat suspen nak bagi sambung2 ye..
 
wah...buat teresek gk...heheh
 
salam..kak sedapnya teresek..rasa last makan teresek masa kenduri kawen adik 5 tahun dulu..huhu
 
Yang tengah tu ada cili lagi, mesti sedap!
 
As Salam kak rosa,
Ni teresek yg akk buat sendiri ke? Dh lama x mkn teresek ni. Last mkn masa bln posa thn bila entah. Resepi dh ada dn minta Mein buat, serbuk kari siap beli yg timbang di Psr Siti Khadijah tu. Tp blm direalisasikn..huhu..
 
Sally pun wonder gak ni teresek ni apa ya..makanan orang negeri mana ni?ni bari first time dengar ni..cerita skit kak..
 
yes!!! saya dah tau apa itu teresek.. hahaha minta tolong ngan pak cik Google.. keh3

http://www.contengcorner.com/2011/02/aku-punya-akai-la-kan.html
 
aaa...saje tggu akak update baru nak komen..hihi..

ooo guna jantung pisang ek..aritu mmg ada nampak kat umah kak lina tp xleh imejin laa rasa keresek nih..sedap ek kak?nakkk nak...sikit jek!
 
oo gitu buatnya ..menarik juga tu...hari tu nengok juga kat umah kak Lina...nieza tak pernah mkn lagi.
 
pertama kali dgr teresek... mcm sedap je, nanti nak try buat...
 
eh..keresek lak..teresek..hihi...malam td dtg umah akak dalam mamai2 gitu..terlelap awal la kak,ngantuk sesgt..ngee.
 
salam kak.. kiranya rendang jantung pisang la kak eh? kite tak penah lg try gini... leh la simpan resepi nih sbb kiter mmg suker jantung pisang! tak sabo nak blk kampong kait semua jantung pisang abah kasi togel! hahahahahaa
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...