Sekejap masa berlalu, dah pun tengah hari. Hari ini anak2 ada larian 1murid 1 sekolah 1 sukan 1 Malaysia, hari isnin ni, yg sekolah rendah dapat cuti, tapi yg sekolah menengah sekolah pulak, riuh lah kat umah nanti.
Sambal bilis kentang ada lah menu sampingan yang sangat popular untuk menambah hidangan. Ada macam2 pesen dan cara memasaknya, janji sedap ikut selera keluarga kita. Kalo akk suka sambal macam ni menggunakan cili merah, blend kasar bersama bawang besar dan bawang putih. Tumis dengan minyak lebihan goreng kentang, kacang dan ikan bilis tadi, pas tu tambah oyster je, siap
RESIPI : SAMBAL BILIS KENTANG BERKACANG
Ikan bilis
Sedikit Kacang Tanah
2 biji kentang - kupas kulit dan potong baji
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili merah- buang biji*
5 biji cili padi *- untuk rasa lebih pedas
Secukupnya oyster
Minyak untuk menggoreng
CARA - CARA
1. Tumbuk bahan2 bertanda * ( akk blender kasar2 je)
2. Panaskan minyak masak, kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Goreng pula kacang tanah sehingga rapuh, jangan sampai hangit ya. Angkat .
4. Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian angkat.
5. Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, tumislah bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga sehingga wangi. Kemudian masukkan oyster kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis, kacang dan kentang, gaul mesra dan angkat. Siap.
Buat Hasue, akk dah letak resipinya ya, senang je
ptg ni nak g tgk eqa masuk pertandingan hafazan, anjuran krt kawasan rumah akk ni
Boleh juga guna resipi LINAPG yang di kongsikan di MYR
Saturday, July 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
hayooo.....sedap ni....makan dgn nasi lemak.....
Tepek laa resepi kak..sng nak angkut.hihi
Post a Comment