Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Saturday, February 11, 2012

NASI DAGANG

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu buat semua sahabat alam maya dan alam nyata. Pagi ini ada sekolah ganti untuk sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama. Masing2 macam liat sikit nak kesekolah hari sabtu ni, nak ke malas ke sekolah mesti pergi, tak ada sebab nak ponteng untuk sekolah pagi.


Bercerita pada tajuk n3 pagi ini, nasi dagang berlaukkan ikan aya gulai dengan rempah cap bunga ros. Nasi dagang ni memang kesukaan akk dari dulu kini dan selamanya. Sebelum ni tak berapa nak pandai buat nasi ni, bila banyak kali cuba dan mencuba, baru kini menepati cita rasa tekak sendiri. Emmm gulai ikan aya pun memang kena sangat dengan selera akk anak beranak. Akk tak guna santan yang pekat sangat pun.


NASI DAGANG
resipi : embunrosaliza.blogspot.com
bahan- bahan 


1 kg beras nasi dagang - di rendam semalaman
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
* semua bahan2  bertanda* dimayang halus
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1 sudu besar halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan


Cara- cara 


1. Didihkan air terlebih dahulu, alas pengukus dengan daun pandan, kemudian masukkan beras yang telah ditoskan. Kukus selama 20 - 30minit.

2. Kemudian angkat dan keluarkan beras tadi dan di gaul dengan santan cair, dan kukus 20 minit lagi


3. Sambil mengukus, sediakan santan pekat. Satukan santan, bawang, halia, halba, garam dan gula,kacau sehingga garam dan gula hancur sahaja, kemudian angkat dan ketepikan.
4. Angkat beras tadi dan masukkan kedalam bekas dan digaul dengan santan pekat pula. kemudian kukus sehingga masak.  20 minit.





gulai ikan aya boleh tengok SINI

sedap sangat bagi peminat nasi dagang seperti akk ni

12 comments:

sedapnya kak rosa nasi dagang...eh nak tanya..akak guna sepenuhnya beras nasi dagang tuke nak masak nasi ni? tak yah campur beras biasa ye kak..
 
sedapnyer... nak resepi gulai ikan tongkol lak...
 
wah sejak dapat rempah gulai rose ni rajin tul men'gulai' yea..sedap tu nasi dgg.Lama tak wat, malas sket bab ns dagang ni sbb budak2 kat umah ni kureng gemar sket
 
Singgah nak makan nasi dagang yg mengancam banget ni
 
Kalau la boleh dapat satu pinggan nasi dagang + gulai ikan aya..emm sioknye..
 
Dulu Nida kurang minat nasi dagang ni.. tapi sejak duk Kuantan ni jadi suka pulak.
 
asalam rosa..akak tau masak macam masak nasi biasa je..tak pernah buat kukus..sedap mugak dimakan..he he
 
As salam kak rosa,
Ada dpt resepi rahsia cara nk buat nasi terbaik drp bonda tak? Kitorg dpt drp master nasi dagang ni sendiri iaitu arwah mok chekok.
 
sedapnya nasi dagang...tapi tak pernah buat sndiri..biasanya kalau buat, mesti ngan mak...
 
Sedapkan nasi dagng..
Hari itu pergi langawi singgah rumah suri solehah dia buat nasi dagang mmg sedap...
 
Assalamualaikum kak Rosa, sy pun suka sgt nasi dagang ni...malangnya kat sini xde yg jual beras nasi dagang, dulu pernah buat guna beras bird of paradise + beras perang sikit, ikut kata apek kedai tu semua org guna beras mcm ni buat nasi dagang. hujung minggu ni nak buat la jugak!
 
Salam Kak Liza..Nasi dagang peberet sejak berzaman ni...Peliknya saya suka makan nasi ni ngan kuah yang banyak...sedappppppp
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...