Friday, June 15, 2012

SAYUR KELADI

Selamat pagi jumaat buat semua. Rasanya hampir seminggu kawasan akk tak hujan , panas berbahang je. Tapi semlm dan pagi ni akk tengok mentari macam sakit je cahaya mcm kemerahan sikit, hangat semacam saje sehangat hati ini..


Menu sayur lagi hari ini, suka akk dengan sayur keladi yang lembik loktek mcm ni, ala2 hancur lebur gitu.


SAYUR KELADI
Resipi :embunrosaliza.blogspot.com
Bahan2
3 pokok keladi - dibersih dan disiat2 kulitnya,kemudian potong
4 cawan santan
4 ulas bawang merah* @ 1 labu bawabg besar
1 ulas bawang putih*
4 hirisan lengkuas*
1 inci kunyit*
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
10 ekor udang
1 keping asam keping


Cara2
1. Rebus batang keladi dan isinya sehingga empuk, kemudian toskan airnya
2. Blender bahan2 bertanda * . 
3. Masukkan santan kedalam periuk, dan semua bahan2 diatas. Masak sehingga mendidih.
4. Sesuaikan rasa.


p/s sayur keladi hendaklah betul2 lembut atau empuk, kalo tidak boleh menyebabkan kegatalan pada tekak selepas makan.


Sayur macam ni sedap dimakan bersama ikan goreng atau ikan pekasam..mmg bertambah2 lemak.
Tak sampai 15 minit dah siap n3 ini, tapi semakin hari semakin tak berapa nak aktif dah, banyak masuk angin keluar asap je.

11 comments:

salam k.rosa.....lamanya tak bertanya khabar. terliur tgk sayur lemak keladi akak. Tak biasa masak sendiri tapi pernah makan @restoran. sedap ni. geng dgn sambal belacan cicah ikan goreng. pherghh!!!
 
~sedap!! baru minggu lepas yana mkn kat umah mertua..dia slalu bt sbb byk pkk keladi kat area umah dia.. yana suka yg lembik loktek jgk hihii
 
Hai Rosa,
lama betul tak makan sayur keladi, terakhir makan rasanya 3 tahun lepas... hu hu huuu kenapa ye... sebab susah sikit nak dapat bekalan batang keladi di sini, ada juga tapi takut gatallah pulak kalau tersalah beli.
 
salam singgah jalan jalan... =)
 
assalam rosa..akak pun suka sayur kelai..dah tentu la masak pun lembik macam ni..lagi sedap..tapi akak selalu buat asam rebus je
 
Akak guna keladi jenis apa ni? Oinang ke keladi Johor? Kat sini ada juga sekali sekala makan sayur keladi tp masak asam pedas.
 
waduh2....mmng trliur tengok sayur keladi tu...saya mmg suka...mnggu lepas baru makan...tapi tak buat sndiri...beli jer kat kantin sekolah...muaaahahaha...

pssstttt...kalau rajin nnti nak buat sndiri jugak...
 
sedapnya menu rosa ni..makan dgn ikan masin..perghhh..
 
assalam kak rosaliza..sedapnye masak lemak sayur keladi. lembik2 tu yg kite suke.
 
Perghh..nampak menyelerakan sangat tu kak..kite mmg suka yg lembik2 ni..kalo masih pejal2 tu x berapa nk suka..hehee..

Napa kat ruang mari bersembang tu xleh bukak lak..gara2 tenet lemau la kot ekk..

"The page you are looking for is temporarily unavailable.
Please try again later. " katanya.hehe
 
sedapnya batang keladi
lama dah tak makan sbb kalau masak pun saya sorang je kot yg makan
kalau nak makan..beli kat kedai jelah kot
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...