Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 31, 2013

CHICKEN CHOP DAN SOS LADA HITAM @ BLACK PAPPER SOURS DAN KENTANG PUTAR @ MASHED POTATO

Assalamualaikum dan salam jumaat yg ceria buat semua.  Best betul tgk tajuk hari ini, banyak betul penggunaan ( @ ). Tak kisah lah untuk rujukan sendiri, senang klik satu nama semua resipi dh ada kat situ. Diam tak diam hari ni dah pun 31 mei 13. Sekejap masa berlalu.

Chicken chop ni akk buat hari sabtu lepas, mula2 cuti sekolah lagi. Tetiba je tekak rasa nak mkn western food setelah terpandang lamb chop linapg huhu. Anak2 cukup suka kalo menu mcm ni. Akk buat 8 keping ayam yg besar, mmg makan kenyang tak ingat. Ada yg bersambung pulak mkn chicken chop tu. Akk buat 2 jenis sos. Black papper sos dan sweet n sour sos. Anak2lebih suka sos lada hitam nampak gayanya. Akk guna bahan perapan Lamb Chop Linapg


CHICKEN CHOP
Resipi : LINAPG - resipi lamb chop
Kongsi bersama dan edit  : embunrosaliza

Bahan - Bahan: Perapan ayam

  • 4 keping daging kambing- Rosaliza guna 8 keping ayam di buang tulang
  • 1/2 kiub ayam- 1 kiub
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano -rosaliza letak lada hitam ,lada sulah 
  • Sedikit olive oil- tak letak
  • Tepung goreng ayam adabi secukupnya
  • 2 biji telur ayam - di kocok
  • Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-cara
  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)- rosaliza guna tepung gandum untuk rendam ayam  bagi meghilagkan bau ayam.
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)- rosaliza guna garfu untuk cucuk2 isi ayam agar meresap segala bahan perapan
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus- rosaliza goreng ayam seperti di bawah
  9. Panaskan minyak yg agak banyak
  10. Celup ayam kedlm telur kemudian gaulkan kedlm tepung
  11. Kemudian goreng hingga masak dgn api yg sederhana
P/s nota ringkas yg tidak berwarna tu cara rosaliza


MASHED POTATO
By lina pg

Bahan-Bahan:
  • 3 biji kentang besar (~1kg)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
Cara-cara :
  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
  2. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  3. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  4. Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata. 
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 

SOS BLACK PEPPER 
By lina pg

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Sedap sangat chicken chop ni. Nanti tengah hari sikit akk letak yg sos masam manis pulak ya dengan resipi Coslow  best ni.


17 comments:

Sdpnya mcm kt kedai haha.
Kmi wt yg pesen grill sbb As xmo goreng2 katanya nk jaga kesihatan...
 
Salam Liza...
Lamb chop n mashed porato memang kesukaan kita....terliur la pulak tengok hidangan ko ni Liza...
 
salam..

lapar perut tengok chicken chop tu..memang nampak sedap sangat dan menyelerakan..
 
amboi kakak zila wetern pulak..nak jugekk
 
im done..! terima kasih atas resepi, mudah disediakan... ehheheee... lunch kite dengan western food.. ehhehe
 
Best sgt..ank dara kita 6tahun siap mkn 2ketul aym.kita buat grill
 
Thanks ya
 
Sempoi je resepi, lagi mudah
 
Sempoi je resepi, lagi mudah
 
Assalamualaikum rosaliza,
Tq sharing resepi yg mudah ni.
Mggu ni jawabnya ber chicken chop la dirumah.
Tak sangka mudah je resepi.

Jemput singgah umah sy ye
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com
 
Thanx....nk try
 
Thanks yummyss
 
Aku xfaham la bahase dia nie 😂😂😂
 
sedapp., ;p
 
Kena try nie.. sedap jer.. ��
 
Jadila resepi ni ea? 😂 nak try kalau jadi huhu
 
I read your Blog that was very useful for me. I requesting you to provide the information about related to this blog. Kindly visit my websites. sos lada hitam, black pepper sauces and stir fry sambal.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...