Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2018

Nasi Dagang gulai ikan tongkol / ikan Ayo

Assalamualikum dan selamat pagi.. pd 28.12.18.. kami jiran2 kediaman ada buat sedikit majlis perpisahan jiran merangkap jiran sebelah rumah ku.. dia terpaksa berpindah selepas 6 bulan kematian suaminya.. kuaters mesti di kosongkan....

Nasi Dagang
Bahan2
1kg beras nasi dagang
2 cawan santan pekat *
5 ulas bawang merah di mayang *
3 ulas bawang putih mayang*
Seinci halia mayang *
1 sudu besar halba *
2 sudu gula*
1 sudu besar garam*
( panaskan bahan bertanda *  di atas dapur .. tp jangan sampai mendidih )
2 cawan santan cair.

Cara2
1. Beras di basuh bersih sehingga airnya jernih. Kemudian redam semlman.
2. Kukus beras sehingga berwap lebih kurang 20 ke 30 minit.
3. Angkat beras yg telah di kukus masukkan kedlm besen yg agak besar.. kemudian curahkan santan cair dan gaul hingga sebati.
4. Kukus lagi sekali selama 20 minit. Kemudian angkat dan di masukkan kedalam besen.. gaul / arung nasi tadi menggunakan santan pekat yg telah di panaskan terlebih dahulu.
5. Sebatikan santan hingga betul2 meresap ke dlm nasi.
6. Kukus lagi selama 20 minit
7. Siap utk di mkn...






Saturday, December 29, 2018

Famili Day KRT dan Kospen di Pengkalan Balak

22.12.18 - 23.12.18.. kami ajk krt di Pengkalan Balak.











Wednesday, December 12, 2018

Jalan jalan Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

Assalam... dah lama pasang angan2 untuk sampai ke Tanjung Piai.. kebetulan amik dak Eqa. Sebelum ni ulang alik ke Bandar Penawar selama 5 tahun.. selalu berjalan sekitar Desaru, Penawar, kota Tinggi dan Kulai... kali ni siap pasanh angan2 nk jln2 JB... google map pertama saya cari Danga Bay... sampai sana pusing2 cari pot yg menarik utk amik gambar da  mkn2.. tgk google kata byk tempat mkn..... pusing punya pusing byk jumpa shopping Mall...saya x minat la nk masuk sopim mall.... pusing2 dh hala ke hgway blk KL... cuba pula google map tanjung Piai.. dlm sejam lebih sikit je dr Johor....

Berpandukan google Map kami sampai di Tanjung Piai... Penghujung Benu Asia. Kat sini untuk masuk di kenakan tiket
Dewasa rm5 pelajar bawah 18 tahun rm 3... ok la x mahal sangat. Pada mulanya nampak mcm rm20 utk dewasa kanak2 rm10.. dh cuak dan mcm membazir pula nk masuk mahal mcm tu.. dh la kanak2 sorang je hehehe... bila tgk betul2 rm5 je... ok sangat berbaloi dgn harga tu dgn keindahan alam semula jadi.... sambil2 boleh la 10k langkah... sebab jauh juga nk menapak di setiap sudut menarik.

Biar gambar berbicara 😍😍😍:-















Seronok beriadah di sini aman sentosa.. parking pun byk... tp kena jln jauh juga.. lebih kurang sejam baru selesai terokai setiap pelusuk jambatan kayu

Tuesday, October 16, 2018

Tragedi 13.10.2018

Assalamualikum dan selamat petang buat semua pengunjung blok Embun. Lama x taip n3.. kali ini terpanggil utk di kongsikan cerita tragedi 13 oktober.

Begini ceritanya.....
Lebih kurang pukul 8.29pm.. saya dpt panggilan dr ank sulung.. katanya jatuh motor.. bas yg tiba2 tukar laluan dan menghimpitnya sehingga jatuh.. mama bila dpt panggilan mcm tu habis ketar menggigil x tau nk buat apa.. kejadian pada hari Sabtu.. masa tu Abah dia blk kampung... nasib baik ada kwn baik tolong hantar ke tempat kejadian... betul2 depan Dataran Maybank sebelum lrt bangsar.

Sesampai di tempat kejadian tgk si Along om sedar dan boleh bercakap.. cuma kaki sakit x boleh nk gerak dan luka2.. alhamdulillah ada 3 hamba Allah yg menunggu di tempat kejadian... satu lelaki melayu keja di Maybank dan satu perempuan dan lelaki india tp sangat fasih bahasa melayu.. yg perempuan tu telah memanggil ambulan.

Pukul 9 lebih ambulan sampai.. naik la mama sekali ambulan punya la cuak naik ambulan dgn jln jem lg..

Sesampai di HKL along di bawa terus jumpa Doktor .. setelah di teliti oleh doktor along di tolak ke Zon Hijau.. alhamdulillah.. maknanya x seteruk mana la keadaan dia.

Setelah daftar di Zon Hijau dgn bayaran rm1.. kami menunggu utk jumpa doktor yg lain pula utk rawatan seterusnya...apabila selesai jumpa doktor... along di suruh cucuk kancing gigi da  tahan sakit.. selepas tu cuci luka dan kemudia xray kaki da  tangan....

Selesai xray kami jumpa blk doktor utk keputusan... doktor mengesahkan bahawa kaki along ok.. alhamdulillah x ada apa masalah.. cuma luka besar di kepala lutut.. tetapi bila tgk xray tangan rupa2nya pergelangan tangam along patah..
 Doktor bg tau kena rujuk pakar orto untuk mengetahui apa yg ptt dia buat samada kena tarik atau pun tidak....

Setelah berjumpa dgn dokter bahagian orto dia kata kena tunggu pakar dtg dulu baru boleh buat keputusan..... setelah pakar sampai di selidiki tangan yg patah dan di ukur2 filem xray tu.. dokter bg tau x perlu di tarik sebab patah elok.. alhamdulillah syukur sekali lagi.. dokter pakar kata kena simen lps simen kena xray lagi sekali..... lps xray bawa blk jumpa pakar... selesai..
 Kemudia amik ubat tahan sakit je...

Alhamdulillah syukur sangat2 Allah utuskan semua org yg baik2 semasa kami dlm kesusahan... tak tau berapa kilometer mama berjalan dlm HKL hehe..

Terima kasih utk semua doktor3 doktor pakar Orto misi.. dan staff HKL di Zon Hijau anda semua yg terbaik

Terima kasih buat semua yg membantu



 Ini la org yg tunggu sehingga ambulan sampai dan tolong hantar motor ke rumah.. walaupun x kenal tp sangat baik hati
 Galokss lagi
 Selepas di simen
Nasib baik ada makcik pakcik dan sepupu dia dtg.. mama dh lupa nk col sesiapa pun....

Paling memeranjat kan kami cuma kena bayar rm1 je untuk semua rawatan dan ambulann.. ya Allah alhamdulillah syukur sangat2..

Sampai rumah pukul 2.40 pagi 14.10.2018

Friday, June 1, 2018

Biskut Coklat Chips


Assalamualikum dan selamat petang.. hari ni merupakan hari ke 16 umat islam berpuasa. Alhamdulillah Adik Puteri berpuasa dgn jayanya tanpa karenah... dh besar pun dia tahun 2 dah... blk sekolah pun cergas x ada mengantuk2... ptg kul 2 pg sekolah agama pula.. alhamdulillah.

Berbalik pada N3 hari ni... biasa hari ke 10 puasa dh mula buat biskut... tahun ni mcm x berapa nk rajin pula.

Biskut wajib buat setiap tahun coklat chips resipi asal dari biras... tp telah di olah semula mengikut citarasa  dan menambah kekacang dlm adunan.


COKLAT CHIP ( resipi Asal )
Resipi asal : kak Anida ( biras )
Resipi : embunrosaliza
Bahan - bahan

* 450g choclate chips - Rosaliza guna 200g @ 2 cawan
* 3/4 cawan kuaci
* 2 sudu teh baking powder
* 11/2 ketul butter
* 1 cawan gula putih - rosaliza guna 3/4 cawan
* 1 cawan gula perang 
* 5 cawan tepung superfine 
* 2 sudu teh serbuk koko
* 2 biji kuning telur

* 1 sudu teh garam

* 2 sudu susu tepung
Cara - Cara

1~ Butter di pukul bersama gula putih dan gula perang, kemudian masukkan vanilla dan telur...gaul sebati
2~ Gaulkan  tepung, coklat chips, baking powder, serbuk badam,koko dan garam hingga sebati. Campurkan adunan ini dengan butter yang telah di pukul tadi .....bentukkan ikut suka hati


3~ Bakarlah sehingga masak... lebih kurang  20 minit)

Thursday, May 31, 2018

Akok Sedap

Assalamualikum selamat petang buat semua. Hari ni hari ke 15 kita berpuasa.
Kuih berbuka ptg ni Kuih Akok Resipi Bonda... alfatihah Bondaku sayang. Resipi ni hasil dr usaha gigih linapg.






Akok Bonda Sedap
Resipi : Linapg
Kongsi bersama : rosaliza@syazaliza

KUIH AKOK RESEPI BONDA
Resepi : Bonda LiNa Pg
KOngsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  5. Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah

Selamat  berbuka buat semua

Monday, May 28, 2018

Bingka Labu Sedap

Assalamualikum dan selamat berpuasa.. hari ni Isnin 28.5.18 hari ke 12 kita menjalani ibadah puasa... bingka labu ni saya buat beberapa hari yg lepas.. labu pemberian jiran, labu jenis besar.


Kongsi2 sikit dgn jiran2...

Sedap lemak manis

Bingka Labu Sedap
CnP : Yatiememori
Kongsi Bersama : rosaliza / syazaliza


BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
## saya lenyek2 je labu tu x blend..


Friday, May 25, 2018

Somtam

Selamat petang buat semua.. somtam iaitu salad betik. Betik segar dr pokok sendiri.. buahnya cukup besar sedang elok mengkal dan rangup.. kalo dia biar masak x lalu pula nk mkn puasa2 ni.. mlm2 x larat dah nk mkn betik... dr membazir baik kita buat somtam..boleh la bg jiran2 sikit..
Resipi hasil teropong dari dapur Maz Ilhamdapur yg berada di Bahrain sana



Somtam
CnP: Maz IlhamDapur
Kongsibersama : rosaliza/syazaliza
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk betik muda yang disagat panjang 
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya
  • 1 biji tomato 
  • 2 biji cili padi 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai) @ secukupnya 
  • kicap ikan secukup rasa (fish sauce) & secubit serbuk perasa jika suka 
  • kangkung dan kacang panjang 
  • sedikit kacang tanah yang digoreng 
  • sedikit udang kering thai (warna oren tu)

ni ler rupe gula kabung thai atau nisan putih

Cara

1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili. 
2. Masukkan tomato, gesek lembut je, masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam. 
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. 
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang. 


Tuesday, May 22, 2018

Puding Sagu Gula Melaka Sedap

Assalamualikum dan selamat malam. Pencuci mulut iftar ke 5...alhamdulillah nyaman masuk ank tekak dgn rasa yg manis lemak berkrimm. Selalu duk tgk Linapg buat sagu gula melaka tp pg rumah dia x boleh nk CnP resipi dia pula...





Puding Sagu Gula Melaka
Kongsi Bersama : embunrosaliza

Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan

Sirap Gula Melaka
3 keping Nissan @ 1 ketul besar Gula Melaka
3 sudu Gula
Daun pandan.. simpul
2 Cawan Air

Cara2
Masak sehingga agak pekat

1 tin susu cair.

Cara utk makan...sagu, sirap gula melaka dan susu cair...mkn sejuk2

Friday, May 18, 2018

Lopat Tikam / Lompat Tikam Kelantan

Assalamualikum menu berbuka semlm puasa pertama lopat tikam.



Resipi : rosaliza@syazaliza

BAHAN2NYA
1 cawan tepung beras
21/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
CARA2
Satukan kesemua bahan2 diatas, tapiskan kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1 cawan santan ( anggaran )
Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepaptutnya lebih sedikit dari pulut
#######

3 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
Satukan kesemua bahan diatas kemudian kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat, rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
@@@@@@@@@@
3 keping nisan / gula melaka
1 cawan air
daun pandan
Masak sehingga agak pekat sedikit
"
"
"
SIAP
 Selamat berbuka buat semua.....


Thursday, May 17, 2018

Solok Lada

Assalamualikum dan selamat petang buat semua. Solok lada siap utk di gandingkan dgn nasi kerabu. Menu berbuka bersama ayam panggang kenny rogers
 Terlebih rajin ptg  ni
 Siap masak amik gambar terus. Tunggu masa buka harus lupa.



SOLOK LADA
by: rosaliza @syaza liza


Bahan - Bahan


 10 biji Lada solok  - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
3  ulas bawang merah
2  ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam @ aji shio
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka dan serbuk secukup rasa
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat


*********************************************
CARA - CARA


1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 


2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 


3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis


4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ). 


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualikum dan selamat pagi. Hari ni 17.5.18 merupakan hari pertama umat islam berpuasa. Cadangan menu pertama berbuka nasi kerabu. Rasanya menu wajib hari pertama berbuka. Biasanya lauk telor masin dan juga ayam goreng. Kali ini kita tukar selera pula. Memandangkan semua anak ada hari ni mama pun merajinkan diri untuk memerap ayam. Petang tunggu masuk oven saja.

Memjadi dgn jayanya ayam panggangku

Ayam Panggang ala Kenny Rogers
CnP : Hana Memori
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Tengah memerapkan diri. Awal2 siapkan N3. Nnt dh bako kita letak pula gambar yg dh siap, itu pun kalau x kelam kabut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...