Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 31, 2018

Akok Sedap

Assalamualikum selamat petang buat semua. Hari ni hari ke 15 kita berpuasa.
Kuih berbuka ptg ni Kuih Akok Resipi Bonda... alfatihah Bondaku sayang. Resipi ni hasil dr usaha gigih linapg.






Akok Bonda Sedap
Resipi : Linapg
Kongsi bersama : rosaliza@syazaliza

KUIH AKOK RESEPI BONDA
Resepi : Bonda LiNa Pg
KOngsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-Bahan:( sukatan cawan)
  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.
  5. Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah

Selamat  berbuka buat semua

Monday, May 28, 2018

Bingka Labu Sedap

Assalamualikum dan selamat berpuasa.. hari ni Isnin 28.5.18 hari ke 12 kita menjalani ibadah puasa... bingka labu ni saya buat beberapa hari yg lepas.. labu pemberian jiran, labu jenis besar.


Kongsi2 sikit dgn jiran2...

Sedap lemak manis

Bingka Labu Sedap
CnP : Yatiememori
Kongsi Bersama : rosaliza / syazaliza


BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih
CARA-CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.
## saya lenyek2 je labu tu x blend..


Friday, May 25, 2018

Somtam

Selamat petang buat semua.. somtam iaitu salad betik. Betik segar dr pokok sendiri.. buahnya cukup besar sedang elok mengkal dan rangup.. kalo dia biar masak x lalu pula nk mkn puasa2 ni.. mlm2 x larat dah nk mkn betik... dr membazir baik kita buat somtam..boleh la bg jiran2 sikit..
Resipi hasil teropong dari dapur Maz Ilhamdapur yg berada di Bahrain sana



Somtam
CnP: Maz IlhamDapur
Kongsibersama : rosaliza/syazaliza
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk betik muda yang disagat panjang 
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya
  • 1 biji tomato 
  • 2 biji cili padi 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1/4 cawan nisan putih (gula kabung thai) @ secukupnya 
  • kicap ikan secukup rasa (fish sauce) & secubit serbuk perasa jika suka 
  • kangkung dan kacang panjang 
  • sedikit kacang tanah yang digoreng 
  • sedikit udang kering thai (warna oren tu)

ni ler rupe gula kabung thai atau nisan putih

Cara

1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili. 
2. Masukkan tomato, gesek lembut je, masukkan kicap ikan secukupnya dan jus limau. Sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, masin yang seimbang dan sedikit rasa masam. 
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. 
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang. 


Tuesday, May 22, 2018

Puding Sagu Gula Melaka Sedap

Assalamualikum dan selamat malam. Pencuci mulut iftar ke 5...alhamdulillah nyaman masuk ank tekak dgn rasa yg manis lemak berkrimm. Selalu duk tgk Linapg buat sagu gula melaka tp pg rumah dia x boleh nk CnP resipi dia pula...





Puding Sagu Gula Melaka
Kongsi Bersama : embunrosaliza

Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan

Sirap Gula Melaka
3 keping Nissan @ 1 ketul besar Gula Melaka
3 sudu Gula
Daun pandan.. simpul
2 Cawan Air

Cara2
Masak sehingga agak pekat

1 tin susu cair.

Cara utk makan...sagu, sirap gula melaka dan susu cair...mkn sejuk2

Friday, May 18, 2018

Lopat Tikam / Lompat Tikam Kelantan

Assalamualikum menu berbuka semlm puasa pertama lopat tikam.



Resipi : rosaliza@syazaliza

BAHAN2NYA
1 cawan tepung beras
21/2 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
CARA2
Satukan kesemua bahan2 diatas, tapiskan kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg sederhana kacau sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan di dalam loyang.
♥♥♥
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
sedikit garam
1 cawan santan ( anggaran )
Masak seperti memasak nasi...Sukatan santan sepaptutnya lebih sedikit dari pulut
#######

3 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
sedikit garam
Satukan kesemua bahan diatas kemudian kacau diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat, rasakan untuk mendapat rasa lemak2 gitu
@@@@@@@@@@
3 keping nisan / gula melaka
1 cawan air
daun pandan
Masak sehingga agak pekat sedikit
"
"
"
SIAP
 Selamat berbuka buat semua.....


Thursday, May 17, 2018

Solok Lada

Assalamualikum dan selamat petang buat semua. Solok lada siap utk di gandingkan dgn nasi kerabu. Menu berbuka bersama ayam panggang kenny rogers
 Terlebih rajin ptg  ni
 Siap masak amik gambar terus. Tunggu masa buka harus lupa.



SOLOK LADA
by: rosaliza @syaza liza


Bahan - Bahan


 10 biji Lada solok  - dibelah tengah dan keluarkan biji
1 cawan kelapa - digoreng hingga kekuningan
3  ulas bawang merah
2  ulas bawang putih
Sedikit halia
1 batang serai - dihiris nipis
10 biji lada hitam @ aji shio
1 biji telor
Sedikit garam n nisan/gula melaka dan serbuk secukup rasa
2 ekor ikan kembung @ apa2 ikan - direbus ngan sedikit garam, dan ambil isinya.
1 cawan santan sederhana pekat


*********************************************
CARA - CARA


1. Tumbuk lada hitam,serai,halia ,bawang,dan nisan, kemudian masukkan ikan, tumbuk seketika hingga bergaul mersa. Masukkan garam. 


2. Keluarkan bahan2 tumbuk tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar.  Selepas itu masukkan kelapa yang telah di goreng tadi kedalam bekas(  kalo rajin kelapa ni di tumbuk sedikit untuk menghaluskannya ). Gaul mesrakan bahan2 tersebut. 


3. Pecahkan sebiji telor dan gaul rata. Kemudian bolehlah disumbatkan kedalam lada tadi. Buatlah sehingga habis


4. Susunkan didalam periuk, kemudian masukkan secawan santan. Tutup periuk dan masaklah dengan api yang perlahan sehingga kering. ( dalam 10 minit ). 


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualikum dan selamat pagi. Hari ni 17.5.18 merupakan hari pertama umat islam berpuasa. Cadangan menu pertama berbuka nasi kerabu. Rasanya menu wajib hari pertama berbuka. Biasanya lauk telor masin dan juga ayam goreng. Kali ini kita tukar selera pula. Memandangkan semua anak ada hari ni mama pun merajinkan diri untuk memerap ayam. Petang tunggu masuk oven saja.

Memjadi dgn jayanya ayam panggangku

Ayam Panggang ala Kenny Rogers
CnP : Hana Memori
Kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Tengah memerapkan diri. Awal2 siapkan N3. Nnt dh bako kita letak pula gambar yg dh siap, itu pun kalau x kelam kabut.

Friday, May 11, 2018

Gertak Setelu / Jambatan sementara Setelu Gua Musang

Assalamualikum dan selamat petang. 11.5.18. Malaysia berwajah baru dgn PM baru Tun M perdana menteri yg ke 4 dan ke 7.
8.5.18 hari tu blk kampung melalui Gua Musang /Dabong / Jeli. Jambatan Setelu ini wajib kena lalu. Kami selalu memilih laluan ini kerana tak perlu menempuh jemmmm yg lama di jalan utama Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah.

Biasanya kalo sampai waktu siang kami akan melalui jalan ini. Tak pernah pula lalu waktu malam sebab keadaan jln berbukit2 dan hutan.

Jommm tgk. Setiap kali lalu mesti tangan ni nk ambil gambar sokmo

 Masa cuti sekolah bln 3 hari tu. 18.3.18

18.3.18. Jambatan baru in progress.

 8.5.18
 8.5.18



Masa blk mengundi 8.5.18.

Friday, May 4, 2018

Cuti2 Hatyai dan Songkla 3h2m

Day 1. 27/4 -29/4.

Assalammualikum dan selamat malam buat semua pengujung blog Embun. Hari ini saya nk.kongsikan percutian di Hatyai dan Songkla. Kami ke Hatyai dengan menaiki ETS dr KL Sentral. Kami memilih pakej lebih kurang Rm430 termasuk makan. Bagi org biasa rm660 utk pakej ini. Memandangkan kami menggunakan pas KTM kurang la bayaran yg dikena kan. Kumpulan kami ada 13 org dan menggunakan 2 buah Van. Grup lain menaiki bas di padang Besar. Sepatutnya tren kami pukul 9.45, tetapi ada masalah teknikal kami naik tren pukul 6.45 pagi. Tiba di Stesen Padang Besar pukul 12pm, terpaksa la tunggu satu grup dgn Bas yg tiba jam 3.00 petang. Ada masa 3 jam lagi utk ke Sempadan kami pun jalan3 di padang besar terlebih dahulu sambil cari mkn. Mkn kat sini mcm terkena la pula. Bila minta mkn goreng2 kata lambat siap. Nk suh oder mknn panas mcm tomyam. Rasanya mahal ya ampunn. Lain kali x akan jejak kaki dh ke kedai tersebut. Kami mkn 13 org kena rm254. Entah la bg yg kaya raya itu dh murah kut. Selesai makan kami blk ke stesen pdg Besar utk solat dan bersiap2. Nasib baik kami dpt menggunakan bilik VIP senang la nk solat dan ketandas.
Tukar siap2 duit kat Mid rm 502 dapat 4000 bhat
Kedai mkn di padang besar yg auta dan harga agak mahal. Kalau boleh elak mkn kdai ini
Ets Kl sentra - padang besar 5jam perjalanan.

Lebih kurang pukul 3pm grup satu lagi sampai, dia org lunch dlm tren. Selesai solat semua kami pun bergerak ke Sempadan Padang Besar sebelah Thai. Urusan kami sekejap sahaja. Van dh mrnunggu kami di Sebelah sana. Byk masa di habiskan menunggu grup bas lama pula. Masuk imegresen Thai tgk semua org yg depan2 selit RM 1 dlm pasport. Kami pun ikut sama la selit Rm1 juga. Tak tahu kenapa...
Lebih kurang pukul 6 waktu Malaysia dan pukul 5pm waktu Thai,semua telah selesai Chop Pasport.

Menghala ke imigresen




Bermula perjalanan kami menuju ke Hatyai, lebih kurang 1 jam perjalanan kami sampai di hatyai dan singgah di kedai cenderahati. Tgk2 saje la semua mahal2. Selesai di sini kami meneruskan perjalanan ke Floating Market. Kat sini dh mlm dlm pukul 8 waktu Msia. Kat sini mcm2 mkn halal yg di jual atas perahu. Sempat juga la saya merasa telur puyuh goreng. Kat sini kalo nk beli cari yg bertudung dan boleh berbahasa melayu thai senang berurusan.

Selepas tu kami singgah makan di Restoren. Mknn semua sedap2



Tempat dinner kami

Selesai mkn baru kami check In Hotel. Kami tinggal di Hotel Grand Plaza. Kat sini ada pasar malam. Selesai mandi dan solat kami pun turun jalan2 kat pasar mlm. Kat sini jauh lebih murah barang2 dr floating market. Mcm2 ada. Memandang hari dh mlm byk kedai dh nk tutup. Sempat juga la membeli blah kat sini. Kemudian kami pun naik beradu....... Hotel Grand Plaza bagusnya ada tanda Arah Kiblat.

             
     
Ais cream kelapa lemak berkrimmm. Mcm2 ada kat dlm tu termasuk buah kabung. Yg ni betul2 sedap. Yg purple tu pulut

Selesai hari pertama

 Pakej yang kami guna




Wednesday, May 2, 2018

Cara Cara membuat Belacan Bakar

Assalammualikum dan selamat petang. Terlebih rajin dipetang Rabu. Bumi KL di basahi hujan yg sangat lebat.

Berbalik pada n3 hari ini. Sebenarnya saya suka guna belacan serbuk yg di beli di Melaka, memandangkan bila lagi nk ke Melaka maka terpaksa la usaha membuat belacan bakar atau serbuk sendiri.

Dalam esbox memang sentiasa ada belacan basah. Biasanya jiran2 dan kwn2 yg bagi.
Saya guna belacan yg di beri oleh kawan saya semasa hantar JamuAzma pd dia. Katanya suami dia blk Kg Kedah.

Belacan Bakar @ Belacan Serbuk
Resipi : http//:embunrosaliza.blogspot.my
Belacan yg dah siap di goreng.

Bahan2
2 keping belacan.

Cara2
1. Bakar belacan dia atas dapur gas sehingga kering.
2. Kemudian masukkan kedalam kuali dan hancurkan belacan.
3. Goreng belacan sehingga kering sambil hancurkan belacan yg masih berketul
4. Siap. Simpan dalam bekas kedap udara

Nota: sekiranya hendak menghaluskan lagi belacan boleh la di blend kering.

Puding Jagung Mudah dan Sedap

Assalamualikum, puding jagung buat semlm 1.5.2018, kononnya utk buat buka puasa nisfu saaban. Alhamdulillah sedap lemak dan manis sedang2 aje.

Puding Jagung
 by F&N (myR)
Kongsi bersama : LINAPG dan EMBUNROSALIZA

Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis (sy gn 1 tin) 
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair 
  • Sedikit garam (sy tambah)
  • Pewarna ijo (sy tambah)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 


 Sesuai sebagai kuih muih utk berbuka puasa.

Tuesday, May 1, 2018

Ayam ButterMilk Mudah

Assalamulaikum dan selamat petang. Rasanya ini pertama kali buat ayam buttermilk. Senang saje rupanya nk buat ayam buttermilk ni

Resipi Ayam ButterMilk

http://linapg.blogspot.my/2018/04/resepi-chicken-buttermilk-mudah-dan.html?m=1http://linapg.blogspot.my/2018/04/resepi-chicken-buttermilk-mudah-dan.html?m=1







Sambal Lada Kelantan , Sambal Jate, atau Sambal Nasi Berlauk

Assalamualikum dan selamat pagi. Tetiba rasa rajin dan semangat dan letak resipi ibunda Mertua linapg kat sini. Suka buat sambal ni, ank2 pun mkn.
Jommm semak resipi simple dan sedap

Sambal Lada, air lada, sambal jate. Resipi Screen Shot je x dpt nk copy.


Sedap sambal ni lain dr sambal belacan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...