Terima kasih buat alongroz kerana kongsi resipi yang sangat sedap ini
Nak luah perasaan n cerita sikit, hari tu akk buat nasi dagang, pulut inti, puding tembikai kaler oren, ciskek sempat ambil malam tu lagi, tak sempat nak posing banyak2, sibuk nak keluar masa tu. Terkilan juga rasa hati.
Masa nak potong kek ni pun memang tak sempat, pagi tu akk pergi tempat Eqa sukan, snap pic guna bateri biasa, sedap hati sebab bateri satu lagi tengah cas huhuhu...
ini pun nasib baik si along yang gatal tangan p snap pic..kalo tak lagi frust tak dapat nak tepek resipi.
KEK COKLAT MOIST KUKUS
RESIPI : alongroz@myresipi
Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580
Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.
SIMPLE BUTTER CREAM
resipi : kak fida@ Myresipi
Bahan-bahan ( 20 cupcake kecil )
- 250 g mentega
- 100 g susu manis
- 1 sk esen vanilla
- pewarna pilihan ikut suka
- SIMPLE CHOCOLATE BUTTERCREAM ;-
- 250 g mentega (1 buku)
- 200 g gula icing (1 3/4cwn) - ayak
- 170 g air dingin ( 3/4 cwn) - dr petiais
- 1 sb choc. paste
- 2 sb serbuk koko - ayak
Cara-cara
- Pukul mentega,susu manis dan vanilla hingga berkrim.
- Bubuh pewarna pilihan dan kacau rata.
- Hiaskan atas kek ikut kreativiti masing2.Simpan di dalam peti sejuk supaya buttercream kekal cantek.
- Cara2 untuk Choc. Buttercream :-
- Pukul mentega hingga putih lalu masukkan gula dan pukul terus hingga pekat.Perlahankan mixer dan masukkan pula air dingin sedikit2 sambil dipukul hingga sebati dan tukarkan mixer pada kelajuan tinggi dan pukul terus hingga kembang dan akhir sekali bubuh choc paste dan serbuk koko dan pukul rata.Matikan mixer dan gaul lagi adunan buttercream dengan spatula/senduk hingga sebati.
- Choc. buttercream siap untuk digunakan.
9 comments:
kreatiflah dekonya tu....siap ada huruf lagi...
mesti si eqa suka sgt2 tu..meriah laa besday si eqa tahun nih..pasnih besday sapa lak kak?dah kekurangan sorg pelanggan kedai bakery kat sana..
Post a Comment