TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
- 4 biji telor
- 1 labu bawang besar - didadu
- 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
- 2 sudu teh rempah kari daging
- 1 tangkai cili merah - dihiris halus
- sedikit daun bawang
- sedikit bawang goreng
- garam secukup rasa
- sedikit minysk untuk menggoreng
Cara-Cara:-
- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
- Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
- Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
- Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja......
14 comments:
mudah dan ringkas..tentu sedap ye rosa..
ape kbr?..lm x BW ni..hehe. waduhh2!..geram nengok telur tu..nmpk sedap jer...nanti2 nk cube gak.
chatbox x nmpk laa kat sebelah ni kak..huhu...nak ajak minum teh lemon nih..yg stoberi x bukak lg.hihi
Post a Comment