Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 22, 2011

PUDING TEMBIKAI

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua pengujung Embunkasih, tanpa kalian siapalah akk. Kali ini akk nak kongsi2kan resipi puding tembikai yang tersangat popular di kalangan blogger masakan, dan ramai sangat yang dah mencuba. Macam biasalah akk selalu ketinggalan mencuba hehehe.


Puding tembikai kacukan, ala2 peranakan Bandung gitu hehehe, apa tak jadi bandungnya akk letak sirap ros, kaler merah xdak pula yg ada pink je, pas tu lak tak dak biji mcm Linapg gak hehehe. Akk copy n paste dari rumah Lina, kerana guna sukatan dia, dan elok je kejadiannya. Mekasih buat Cendanakasih kerana ideanya





PUDING TEMBIKAI

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)- akk guna 1 sudu besar penuh
  • 2 keping roti gardenia *
  • 6 cawan air (4cwn air) 
  • 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
  • 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
  • 1 cawan susu cair (sy tambah) *- akk guna susu tpg +air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil (sy xboh)
  • sedikit pewarna ijo/merah (sy tambah stoberi emulco)
  • secubit garam akk tambah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

memang sedap, dan puas hati guna versi sukatan LINAPG ni, tak payah risau tak menjadi, tapi lainlah kalo versi durhaka kan,kan,kan.

sikit lagi tu akk potong guna pisau lenkuk2 tu, mcm biasalah mest bengkang bengkok kejadiannya. Sekejap je licin puding tembikai ni

12 comments:

Sweet je colour puding tu kak. I likeeee! Dah lama bookmark, tak terbuat lagi...:)
 
Ni tembikai spesis atau klon baru.. Isinya 4 segi. Di Jepun ada tembikai yg bbentuk 4 segi..hehe..
 
wow cntik kejadian puding tembikai ni..mmg jenis mahal ni seedless kan?kan?senang nak mkn xyah buang bijik kih3..
 
puding tembikai ni memang sedap...suka colour pink ni kak...cantikla...saya buat hari tu versi puding byk biji..hehe
 
kak rossaaaaa....dr tengok kat dapur izah lagi terliur nak buat puding ni...sampai sekarang hanya tinggal impian...mintak skit kak
 
sebenarnya ada lagi yang paling jauh ketinggalan tak buat2 puding nan cantik menawan ni...amielah orangnya,so...cuci mata sajalah tengok kecantikkan puding tembikai ni...
 
sy pun x tertry lagi puding tembikai ni... yang akak punya ni kiut je...seedless
 
e-na pun lum try lagi puding tembikai ni...ambik yg k.rosaliza 2 ketui yek..
 
huyoooo sukanya. demam puding tembikai sedang melanda di seluruh negara.
 
akak dah buat yerrrrr...cantiknyaaa...seedless lak tu,sng nk mkn..hihi..
kite jer tertinggal jauh ni kak..x terkejo ni haa..nanti nk buat gak laa
 
aaaa terliurnyaaaa tengokk. nak kna try buat juga ni. thanx kak 4 sharing. sharing is caring..hehe :)
 
http://nurul-najah.blogspot.com
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...