Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 29, 2011

LIGHT CHEESE CAKE @ KEK KEJU

Kek keju percubaan pertama dari akk, pagi2 buat tayangan kek keju, apa salahnya siap2 segala kerja rumah tambahlah sikit kolestrol kat badankan.

Kek keju ni rasanya amat sedap , tidak terlampau manis. Masa buat kek ni ada sedikit atau banyak dikit kut pada kek akk ni. Kalo perhati betul2 nampak 2 lapis, kat atas tu gebusss dan lapisan bawah tu padat sikit. Akk rasa, kesilapan masa kaup balik tu kena aduanan sekata, tapi akk balik2 gitu n tak perasan pulak, nak kaup balik lelama takut tak terjadi lak. tapi rasa kek ni menten sedap sangat.

Akk buat kek ni masa hari jadi Eqa, buat makan2,ada gak  tamu tanya akk beli ke, mcm yg beli sedap sangat...heheheh mekasih ya, bagi akk walaupun sedikit kekurangan namun akk puas hati juga dengan rasanya. Minta izin ya HASUE akk nak tepek resipinya kat sini untuk rujukan masa hadapan }~



Light Cheese Cake



Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



harum bau ciskek ni masa dok bakar tu

ingat nak buat lagi, ada sikit lagi cream cheese tu

14 comments:

mmm cheese kek... nampak sedap n gebus.. x pernah buatlah kak.. cream cheese tupun x pernah beli.. nak mkn kek akak tu dulu.. suker,, sedap n gebus tu...
 
salam rosaliza...ada lagi tak..? ucu ni hantu cheese cake..sedapnye lah...
 
aduhai kak rosa... kite baru nak cuba petang ni. kesian cheese memanggil2 dah soh buat...
 
Akak buat la kek yg tebal lg drp yg ni. Lg best utk mkn..hehe..
 
assalam rosaliza.kak masih belum berani nak buat cheese kek ni.takut tak jadi.
lagi pun akak sorang je yang makan cheese kek..budak2 kurang suka..
tapi kan nak cuba jugak nanti..bila dah dapat beli cream cheese.
 
aarrghhh..bila nak buat ni..cheese ada jek..malas tu pun ada..hehe
 
"wah sedapnya kek keju..saya suka,tp tak leh makan banyak rasa semacam jer..ntah bila nak try..cheese krim tu pon tak penah tgk camana rupa dia.."
 
singgah sini sbb nak ucapkan terima kasih berkongsi resepi pusing karamel yg ada roti tu..dah try..sedappp
 
terliur tiap kali tengok org tunjuk chese kek..tapi nk cr krem ces kt sini cukup sukar huhu
 
cantik dan gebus jer kejadian cis kek ni..kalau kak rosa wat bleh suksee..kena try gak la nnt..
 
mtk cikt sidkek ni..nk wt x jd2 lg..huhu
 
Kak,pertama2 skali,mekasih sudi cuba juga resepi yg mudah ni.
Kejadian 2 lapis tu antara sebabnya mungkin betul mcm akak bgtau tu masa kaup balik adunan masih x sekata..
sebab lain mungkin guna air tak panas untuk bain marie tu?akak guna air mendidih tak untuk air lapisan bwh tu?takpe,akak try lg ye..nanti kalo kali kedua mesti xde mslh dah kalo akak dah tau mistake yg pertama..hehe..

P/s:akak tau tak,yg sebelah bawah tu cik abe sue lg suka..sbb padat n lembut.dier x suke sgt yg gebus.haha..tu yg dier bising kdg2 suh buat kek yg tak jadik..lg sedap katanya..pullok.
 
kakkk..x nmpk lak cbox nih.hehe
 
sedapnya...jap lagi nak kena pi cari cream cheese.. dah kecur nii haa
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...