Pada hari ahad lepas akk pergi ke pasar pagi kat Pantai Dalam, jenjalan tu ternampak jering rebus ni, walaupun besar gedabak n tak berapa comel rupa parasnya, akk beli juga, dah lama tak makan. Sebenarnya jering ni di bawa dari Kelantan. Jering rebus ni bermusim juga. Kat negeri lain ada tak jering rebus sebegini. Masa baru2 kawen dulu ada juga sekali akk tgk MIL akk buat jering rebus, macam2 benda ada kat dalam tu untuk direbus bersama dan petua untuk mengelak dari di `kapit' jering ini ( kalo salah masak akan menyebabkan tak boleh buang air kencing - betul atau tidak wallahualam ).
Semenjek akk makan jering rebus ni tak pernah pulak terjadi peristiwa kapit mengapit ni pada famili terdekat atau org yang akk kenal. Mengikut kata org tua2 disebabkan ada kapur kat dalam jering itu yg jadi begitu.
Pada sesiapa yang tak pernah makan jering rebus tu, rasanya sedap lemak2 bila di cicah dengan kelapa parut+garam+gula, memang sedap sangat.
beginilah rupa paras jering rebus, tepi tu kelapa parut putih. Selalu yang biasa akk beli jering tu comel je kecil2 sikit dan warna dia kekoko2an yang sekata. Kalo tgk jering yang kat atas ni akk bagi gred C.
Thursday, November 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Nampak gaya jering rebus tak berapa selalamt utk dimakan dlm jumlah yg byk sbb mata tunasnya tidak dibuang. Kalo bahagian tu tak dibuang nanti ia blh 'kepit' org lelaki...hehehe..
hehehe..jering pun ada gred gak eh?pepandai je dia boh gred sendri hehehe
memang sedap sangat makan jering rebus dengan cicah kelapa....first time Amie makan begini semasa berkunjung ke Brunei, ada makcik penjual jering begini dekat dermaga... memang kami tak beli sebab takpernah makan, makcik tu bagi cuba sebelah biji...eh...sedaplah, taklah rasa kering ulam yang bonda selalu hidang, lepas tu makcik tu bagi sebungkus free...tapi Amie tak pernah buat, tengok Rosa buat rasa teringinlah pulak...
ni jering biasa tu rebus ngan bende2 yg akak kate tu yer..kalo sndiri rebus akak pernah x?kalo kat kmpung nun sng je nak dpt jering aritu..tp kitorg x berapa reti mkn..kalo penah mkn yg jering tumbuk ngan sambal pastu digoreng tu jer.hehe
hehe.. teringat my hubby beli jering. pdhal dia wong jowo tuh. saya pulak tak reti makan. Dulu my Abah selalu rebus jering, makan macam ni la. Lgsung tak berbau dah. Sedap, kan?
Post a Comment