yang tak berapa nak ayu huhu...assalam buat semua. Kuih ni akk buat lama sudah, ada sikit rasa segan nak n3 kuih ni,tapi ada aku kisah lawa ke tidak ke, janji semua selamat masuk perut tanpa pembaziran satu pun, walaupun buruk rupa dan tak secantik si puteri amani eh si puteri ayu , rasanya menten sedap lembut dan gebu. Terima kasih buat Mamakastam Tioman @ Myresipi.
Ini je yang tinggal untuk snap pic, akk mai snap je, pulak tu masa msk biar kat acuan je, yang mula2 masak tu elok je, mudah je tanggal, rupa2nya masa panas2 tu kena keluarkan terus kuih ni dari acuan.
KUIH PUTERI AYU
resipi : mamakastam tioman @ myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan - bahan
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.
Sunday, November 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Akak penat2 buat kuih ni, Ayu yg dapat dapat nama.. Rasanya Ayu pn tak penah buat kuih ni..hehe..
Post a Comment