pic pulak kelabu asap...kalo snap mlm2 selalu jd mcm ni.
SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
- 1 biji buah bacang yang masak(sederhana besar)
- 6 biji cili merah
- 4-6 biji cili padi
- 2 inci belacan - dibakar
- Gula
- Garam
- Asam limau nipis/ limau kasturi
Cara-cara :
- Kupas kulit buah bacang dan cincang kasar isinya.
- Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan bakar hingga mendapat teksture yang dikehendaki(sebab ada orang suka sambal belacan yang halus, ada juga yang suka cilinya masih kasar-kasar).
- Masukkan gula dan garam. Gaul rata.
- Masukkan pula buah bacang yang telah dicincang kasar tadi. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya biar seimbang.
- Perahkan jus limau nipis/ kasturi sekiranya suka atau perlu.
- Hidangkan.
NOTA :
- Kepedasan tu boleh adjust ye.. Ikut la lidah masing-masing tahap kepedasannya..
SELAMAT MENCUBA!
9 comments:
lama x pekena yg berkaitan ngan buah bacang ni..tempat sy skrg ssh la nak cr buah bacang..mungkin pasar ada kot..pokok dia pun dah x pernah jumpa dah..
Resepi tradisional dan klasik mcm ni yg bagus utk ditonjolkan. Yg moden2 tu biasa sgt dh.
p/s : gmbr kelabu asap tu jgn salahkn kamera sbb teknik amek gmbr yg x kena kot. selalu amek gmbr mlm2, ok je. f2.8 tu..
sedapnya sambal bacang...tapi sekarang ni susah la nak dpt buah ni..kunin selalu la juga...
dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak rosa sekeluarga...:)
Post a Comment