Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 25, 2012

IKAN SIAKAP TIGA RASA

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pengunjung Embunkaseh Rosaliza. Sekejap saja masa berlalu, hari ni dah pun masuk hari ke 5 umat isalam berpuasa. Alhamdulillah cuaca pun ok saje tidak terlampau panas macam bulan jun hari tu....sejuk n nyaman je terasa.


Siakap 3 rasa ini akk buat sebelum puasa lagi, menu bulan posa belum masuk lagi, kebanyakkan tak sempat pun nak ambil gambar. Ikan siakap memang menjadi kesukaan anak2. Setiap kali ke pasar mesti beli sekurang2nya sekor. Kalo di pasar dekat  Selayang harga sekilo ikan siakap ni RM 16.90, agak murah jika di bandingkan dengan pasaraya2 tersohor tu. Kalo nak cerita pasal harga memang tak mkn la, tapi dari beli yg dah masak lagi mahal, berbaloi2 kita masak sendiri kat rumah kan.


Terima kasih Linapg, berkongsi resipi ini ni Myresipi. Minta izin akk nak letak resipi ini di dapur EmbunRosaliza sebagai rujukan masa hadapan :~


SIAKAP 3 RASA ( BERSAMBAL )
Resipi : Linapg@MYR
Kongsi bersama : EmbunRosaliza


Bahan-bahan ( 3 orang makan )

1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
5 biji cili hijau (dikisar)
2 biji cili merah (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 biji tomato (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
1cm halia (dikisar)
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji cili hijau (dipotong serong)
Daun ketumbar (dihiris)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung
Garam + Kunyit
Minyak
Air
Cara-cara

Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
SELAMAT MENCUBA

terima kasih buat semua pengujung EmbunRosaliza, 

18 comments:

Assalamualaikum Kak Rosa,
menyelerakan sungguh siakap 3 rasa ni, kebetulan arini nak masak ikan siakap...bolehlah cuba resepi ni..tq..
 
Sedap tu kak rosa,,suri semlm pun siakap gak,,tapi kt sini mahallah kak
 
Assalamualaikum Kak Rosa...
hmm...sedapnya tengok siakap 3 rasa tu...
makan ngan nasi panass...best tu..he3
 
Salam Roza..
kalau time buka puasa hidang siakap 3 rasa memang enak banget..boleh bertambah nasik kat pinggan..menyelerakan.
 
salam kak...sedapnye siakap tiga rasa... memang best tengok... :) tambah selera time berbuka :)
 
sedapnya...
selalu order kat kedai aje, kali ni boleh buat sendiri.
 
Assalamualaikum Rosaliza :)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan;
Bahan2 untuk masak siakap 3 rasa ni banyak tentu sedap ni...tgk gambar pun dah terlur..
 
fuhhhhhh...sedapnya...!!!!!kena cari ikan siakap jugk ni.....
 
Sedapnye...
terima kasih sebab share..

Supian Mustapa Menulis Tentang: Antara Kad Kahwin Kreatif terhangat di Malaysia.
 
salam Rosa.Klu masak sendiri mmg berbaloi2...& anak2 puas mkn.

Harga ikan skrg mmg mahai sgt...tp bila atie beli sekor-dua jer tu pon mkn dr berbuka...hingga berbuka esok ptg ada lagik.
 
aslmkum rosa.. sedapnya.. lama tak beli siakap.. nk kene buat jugak nampknya..
 
Assalam kak, sedap ikan tu kalau berbuka dgn nasi panasx2 memang menyelerakan:)
 
Sdp siakap 3rasa,lama xwat.Jd ke wt kolang kaling tu
 
bukan ke kak lina ni adik beradik dengan kak liza ke? (tiba2 tanya soalan takde kene mengena). huhuh...dah lama tak makan ikan siakap. tak pernah pun beli sendiri apatah lagi nak masak. selalu nani order makan kat kedai je. heheh
 
salam Rosa, siakap lg yer.. msk 3 rase berempah plak tu, memang sedap & beraroma.. yg syoknye bila mkn ikn beso2 ni..acara cubit2an & berlaga2 tangan semasa mkn.. org tua2 kate tu yg dpt mnyatukan hati seisi kuarga..hee.. insyaAllah..
 
salam ramadhan kak... siakap mmg kami skluarga suka.. nmpk menarik ni kak sbb bersambal.. leh la cuba nanti.. amani pose tak? kekekeke
 
assalam..
nak buka pose lambat lagi nih..dah terliur tgk ikan siakap 3 rasa akk tu..hehe
 
duhhh sedapnya tengok ikan siakap..dr smlm duk klik petak komen tgk pagi ni tadi masih waiting....refresh balik baru kuar..hehe..sabo jela.
kalo sambal2 gini mmg leh membuka selera ni kak...laju je mkn nya cam masuk gear free turun bukit ni.haha
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...