Assalamualaikum dan selamat petang, dah kul 4.14pm baru dapat mengN3 hehehe.Crispy potato wedges resipi nOOrsha, memang menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni, wedges ni akk buat masa cuti sekolah hari tu lagi, lama betul mengambil masa untuk tayangan. Mekasih ya Sha berkongsi resipi ringkas ini. Akk panjangkan ke dapur EmbunRosaliza pula resipi ini :~
Crispy Potato Wedges
Resipi : Noorsha@Myresipi
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
- 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji putih telur - dikocok
- Tepung gandum secukupnya untuk salut
- Garam
Cara-cara
- kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
- Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
- Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
- Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
- goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
- Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Selamat berpuasa buat semua......
9 comments:
lama jugalah Amie tak buat menu begini... anak-anak paling suka, letak je di piring tak sampai berapa minit...licin!
Post a Comment