Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 25, 2021

KUAH LOKCING ala2 SOS THAI

 Assalamualaikum dan selamat petang buat semua sahabat alam maya.

Petang terajin la pula buat sos utk cicah lokcing ni. Kisahnya masa blk kg hari tu ada bli lokcing kat Bukit Bunga. Rm 15 utk 100 cucuk lokcing sekali kuah.  Tgk x dpt sambutan dr ank2, dia org sekali bakar je, tanya kenapa x mkn, katanya Sos cicah tu x sedap. Mama pun gigih la buat Sos cicah.

Hari ni isnin, kiranya hampir seminggu dh la beli, sebab bli ni hari selasa 19.10.21, hari ni dh 25.10.21.

Buat Sos sekejap je. Lokcing pun sekejap jr nk habis dh tu, tgk siap mkn pakai sudu lg. Buat sedikit olahan sesedap rasa maka jadi Sos cicah

Baru masak terus snap pic, masih beruap panas. Kalau x snp takut terlupa, sayang pula resipi
Bakar atas dapur gas, mana hilang api dapur, kena flash tipon hilang api
Bakar mcm ni je
Testing sikit rasa elok sedap 😅😅
Ini Kuah yg percuma tu bila kita beli lokcing, tp ank2 kata x sedap x rasa apa
Ini lah lokcing pada yg x kenal. Atau di kenali juga satay Ikan
Ini kuah yg dh sejuk sikit. Tinggal sikit dh
Seronok rasa bila ank2 kata sedap kuah mama


KUAH ATAU SOS LOKCING HOMEMADE

OLAHAN : embunrosaliza.blogspot.com aka syazaliza

 Bahan2

4 Biji Cili Merah Besar*

7 Biji Cili Padi*

6 Ulas Bawang Putih*

1 Cawan Gula

1/2 Cawan Cuka mkn

1 Sudu Teh Garam

31/2 Cawan Air

2 Sudu Besar Sos Ikan

Sedikit Perasa ( AjiNoMoto)

1 Sudu Besar Tepung Ubi

CARA2

1. Blender bahan bertanda *

2. Masukkan semua bahan2 kedlm periuk KECUALI Tepung Ubi.

3. Masak hingga mendidih renihkan sekejap.

4. Masukkan bancuhan tepung ubi.

5. Kacau sebati .

6. Sesuaikan rasa. Siap.

Mama belum mkn lagi, tp komen2 kata sedap, rasa mcm nk hirup je kuah tu😅😅😅.


3 comments:

Owh lokcing namanya
biasa panggil sate ikan aje
 
Lebih di kenali sebagai lokcing kalau kat klate ni WP, org KL sejati je panggil satay Ikn 😅😅
 
At Home Roots Property Management, we're passionate about helping our clients meet their financial goals. Our team of residential rental experts understands the ups and downs of our market, and we work with our clients to find solutions to their biggest management headaches. Northwest Arkansas Rental Properties

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...