Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 3, 2021

LAMB CHOP /PERAPAN KAMBING BAKAR

 Assalamualikum dan selamat pagi, hari ni semangat update blog, sayang resipi ni, sebab menjadi molek

Selalu duk guna pakai resipi Linapg ni je, cuma tambah kurangkan apa yg ada kat umah je sikit.

Semlm buat perapan kambing ni, cadangnya utk mkn2 besday girl rabu ni 6.10.2021.

Jom semak resipi perapan Lamb Chop ni. Black papper sos yg nk guna belum buat lagi. Nnt pagi rabu baru buat.




RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPPER SAUCE
Sentiasa di cuba : embunrosaliza.blogspot.my

Bahan - Bahan:
  • 4 keping daging kambing - rosaliza guna 10 keping kambing, bahan2 lain saya tambah secukup rasa ikut  pada kuantiti yg kita guna.
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano 
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

3 comments:

Mak aih penuh semangat update blog ni.. Mesti dok depan komputer neh hehee... Sedapnya lamb chop. Kami lama juga x buat kambing perap² gini
 
Update guna hp, ada gambar terbaru senang sikit masuk gambar, kalau x gambar lari kesana kesini masuk folder mana2 pun x tau. Sayang resipi kalau x simpan sini. Glamer sikit blog ada resipi sokmo😍😍😅😅😅
 
SEDAP tu lambchop., hehehe

salam dari doha, makcik ;p
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...