Assalamualikum ,sepetang di fraser hill, jalan2 yg tidak di rancang walaupun sekejap tp menyeronokkan.
Pukul 2.12pm baru gerak ke bukit fraser, isi myk dulu semua, kami teruskan perjalanan tanpa henti dh lepas tu, pukul 4.31pm baru sampai di Fraser Hill. Perjalanan lebih kurang 2 jam 10 minit dr rumah setelah di tolak masa isi myk😅😅. Jarak lebih kurang 100km. Jalan berliku2 x tau berapa puluh ke ratus liku.
Pukul 6.45pm kami gerak turun, agak lambat sikit turun, suasana mlm2 x usah cerita la memang gelap gulita. Tp ada juga selisih dgn kereta, tp x byk. Pukul 8 kami sampai kat Kuala Kubu, solat di stesen myk dan teruskan perjalanan blk KL. Pukul 9.15 sampai KL, sempat lgi tonton kekasih hati mr bodyguard😅😅. Molek2 pula cerita mlm tu mula pukul 9.30. Ada apa ucapan sebelum tu x pasti pula
Bergambar dulu masa mula2 sampai. Lepas tu makan2, dan terus pg solat Asar di Masjid. Baru la bergambar semula. Kali ini byk dh gerai2 jualan jajan di tepi2 jalan sekitar padang golf, kalau dulu punya susah nk cari jajan2 ni.
Last kami naik bukit fraser tahun 2019 selepas raya, kiranya sambutan famili day kat atas sana.
1 comments:
Post a Comment