Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 15, 2022

MASAK LEMAK PUTIH LOKAN

 Assalamulaikum, sebenarnya dh berzaman buat masak lemak putih lokan ni, lupa pula nk buat N3. Ada kisah di sebalik Lokan ni sebenarnya, sbb tu nk juga simpan resipi ni kat sini.

Lokan ni sebenarnya kiriman dari Besan, ank menantu blk kampung, besan kirim lokan dan keropok, ikn bilis. Saya pula x pernah masak lokan. 

Sudahnya berwasap la dgn besan tanya resipi masak lemak putih. Rupa2nya sama mcm masak lemak putih original kelantan, kena letak isi ikan. 

Bahan2 lain semua ada kecuali togeh dan kacang kena beli. Maka bermula la masak lemak putih. Masak mcm ni sesuai utk semua jenis sayur2 utk kita msk lemak. Cuma sekarang ni biasa org letak ikn bilis sebagai rencah,. Dlm resipi ni guna isi ikan ala2 kuah laksa

TQ Kak Zan my besan atas kiriman.









MASAK LEMAK PUTIH LOKAN

Di Cuba: embunrosaliza

BAHAN2

3Kg Lokan di celur sekejap

1 kotak santan

5 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

3 ekor ikan direbus dan perisikan.*

1 sudu teh lada hitam*

Sedikit lengkuas* ( x ada pun x apa )

Garam secukup rasa

Sedikit budu

Secukup rasa.

Sedikit tougeh

Sedikit kacang panjang

CARA2

1. Didihkan sedikit air lebih kurang secawan, kemudian celurkan sedikit2 lokan hingga nampak terbuka sikit, utk senang kita ambil isi.

2. Ulang hingga habis.

3. Sejukkan sekejap, kemudian, ambil isi sahaja dan lebihan air rebusan lokan td kita guna utk kuah.

4. Tumbuk atau blender bahan bertanda *

5. Masukkan air lebihan rebusan lokan td bersama bahan tumbuk dan juga santan

6. Masak hingga mendidih, masukkan lokan, perasa, garam dan sedikit budu.

7. Masukkan togeh dan terus tutup api.

8. Sesuaikan rasa

9. Dah siap

Sedap rasa mcm kuah laksam sikit.


2 comments:

Lokan. Kenangan zaman kanak-kanak mengharung selut mencari lokan di sungai belakang rumah arwah atok. Bakar sahaja cicah air asam pun sedap!
 
Satu pengalaman yg sangat berharga, sekarang ni semua kena beli dh. Terima kasih singgah blog embun
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...