Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 4, 2022

KUIH CUCUR JAWA KUIH TOPI

Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke dua buat semua. Sebenarnya x plan pun nk buat cucur jawa ni, kisahnya semlm nk buat kuih biji nangka, tp tergunting plastik tepung beras, terus curah ke dlm besen, dh terrr tu baru perasan plastik tulisan merah. Fikir punya fikir resipi apa yg senang nk buat, maka google la resipi Linapg, bila perap 4 jam, masukkan dlm peti, hari ni nk goreng baru kluarkan sejam awal adunan ni. Alhamdulillah elok je kejadiannya.





 KUIH CUCUR JAWA MUDAH DAN SEDAP

By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah/gula perang
sedikit garam
Minyak

Cara Cara
  1. Satukan air, gula dan garam ke dalam bekas.Kacau hingga gula dan garam larut.Tapiskan.
  2. Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam mangkuk yang besar.Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil adun/kacau hingga sebati dan nampak licin.
  3. Apabila nampak buih2 kecil di permukaan, adunan telah menjadi.Tapiskan adunan dan perap selama 3-4jam dalam bekas tertutup.
  4. Setelah 4jam diperap, kelihatan buih2 timbul di permukaan.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.Kena uji konsistensi.Kalau nampak pekat tambah sedikit air sebelum mula menggoreng.Refer ke video
  5. Panaskan minyak, senduk adunan dan goreng sambil simbah2 minyak ke atas kuih.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.Selamat mencuba
  6. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY

2 comments:

Sedap buat berbuka
 
Alhamdulillah, ank2 pun mkn kuih ni walaupun mcm cucur je
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...