Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 27, 2022

BISKUT COKLAT CHIP SEDAP


Assalam semua. Mlm ni buat biskut coklat chip ni, mama dah penat siang hari merayap, lps tu ada menolong msk bubur lambuk sikit td.

Mujur la Adik Puteri ni pesen cepat belajar dan sangat rajin menolong mama, harap sampai besar la adik rajin buat biskut ni.

Kali ini, mama hanya sukat2 semua bahan2, dia yg adukkan dan sudukan adunan serta bakar. Elok pula kejadian dan rasa pun sedap. Resipi pun simple2 je.

Mlm3 x tau nk tulis apa dh. Mata pun nk terpejam dah ni.



BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS 🍪

Resepi : Rozmaliza Omar ( grup MAHN )

Di cuba : Syaza Liza 

Bahan² A


250 gm butter 

1 1/4 cawan sugar perang

1 sdk esen vanila

1 biji telur


1. Semua bahan² A ini hanya perlu dikacau sebati/rata saja.


Bahan² B


2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sdk baking powder

1 sdk soda bikarbonat

6 sdb minyak masak/ minyak jagung 

*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


2. Bila bahan² A dah sebati/rata masukkan pula bahan² B dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


3. Bila dah sebati, masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.


4. Keluarkan adunan dan sudukan atas loyang pembakar. Adunannya memang lembik sikit.


5. Jarakkan adunan semasa membakar sebab biskut akan mengembang.


6. Bakar selama 20 minit suhu 150ç api atas bawah. Selamat mencuba gerenti puas hati 🍪

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...