Assalamualikum dan selamat pagi. Berbuka beberapa hari yg lepas, mama buat ayam korea atas permintaan ank2. Resipi yg simple tp rasanya sedap.
Jomm semak resipi, ayam korea ala2 rosaliza.
Olahan : embunrosaliza aka syazaliza
AYAM KOREA SIMPLE
BAHAN2
Sebelah ekor Ayam di potong ikut suka, saya potong kecil2 je
Tepung goreng Bistari
Minyak masak
Serbuk Cili 1 sudu besar rata
Kicap lemak manis
Sos tiram
Sos Cili Thai
Bijan 1 sudu besar
5 ulas bawang putih di cincang halus
Serbuk secukup rasa.
Secubit Garam
CARA2
1. Cuci bersih Ayam, kemudian perapkan dgn tepung goreng bistari, gaulnya hingga tepung bersalut dgn ayam, kalau tepung tak melekat kat ayam, tambah sikit air, perap sekejap, 15 minit pun cukup.
2. Guna minyak yg byk utk menggoreng Ayam. Panaskan minyak goreng hingga kuning2 sikit, angkat dan toskan.
3. Ulangi proses mengoreng ayam2 td sekali lagi hingga warna keemasan cantik.
4. Dengan menggunakan minyak yg sama, ambil beberapa sudu myk gorengan td, tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan sesudu besar bijan.
4. Masukkan serbuk cili, tumis sekejap, kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap, gula serbuk secukup rasa dan sedikit garam. Guna api yg perlahan, nanti hangit pula.
5. Masukkan ayam, dan gaul sebati hingga sos2 melekat cantik
6. Tutup api, Siap.
2 comments:
Post a Comment