Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 31, 2011

PANTAI KEMASIK

Dah lama sebenarnya singgah kat pantai kemasik ni, tetapi tak sempat nak letak n3nya. Cantik sangat pantai ni, kalo tak silap kat sini lah tempat Elly Mazlin belakon untuk slot lagenda ulek mayang suatu ketika dahulu:~




berjaya juga letak n3 ni

NASI AIR @ NASI SUP

Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2011, selamat datang 2012. Dah petang2 baru nak mengn3, ini pun sebab nak menghabiskan edisi n3 tertunggak, jom lah layan nasi air atau nasi sup kesukaan semua kat rumah ni :~


NASI AIR @ NASI SUP
resipi : embunrosaliza

Bahan2 untuk Nasi :~
3 cawan beras
9 cawan air
Masak nasi seperti biasa menggunakkan rice cooker.


Untuk Sup
500 gram daging  ( akk rebus dalam kuantiti yang banyak untuk cepat empuk dan simpan air rebusan, senang sikit nak masak)
5 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - di ketuk
1paket sup bunjut ( sekali ngan rempah 4 sekawan )
2 kiub ayam
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


1. Panaskan minyak , tumiskan rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Masukkan air rebusan daging, dan juga hirisan daging  dan juga air ( tak kira sebanyak mana kita nak kuah )
3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam, masak dengan api sederhana, ( akk renih dalam sejam juga walaupun daging dah rebus)
4. Perasakan dengan garam secukup rasa,


Sambal Kicap
5 biji cili padi
1 ulas bawang putih
secubit gula
kicap secukupnya
~ tumbuk cili, bawang putih dan gula. Letak dalam mangkuk, masukkan kicap manis secukupnya.


~ Ikan bilis di goreng garing
~ bawang goreng
~ telur Masin  ~ di rebus.


selamat menyambut tahun baru 2012

Friday, December 30, 2011

KEK PISANG SEMPOI

Selamat pagi buat semua. Hari ini rasa macam ada tiupan semagat untuk n3, sebenarnya masih banyak lagi n3 basi yang menunggu giliran, tapi semenjak dua menjak ni banyak malas dari rajin. Kek pisang ni pun lamaaa akk buat masa nak ke penang hari tu, buat mkn2 kat padang USM dan bekal atas kereta. Kek ni memang gebusss sangat2. Memula tu rajin sikit, letak dalam cup, pas tu bila M melanda tuang je dlm loyang hahah...janji siap




KEK PISANG SEMPOI
resipi : Sofinar@Myresipi
kongsi bersama : Embunrosaliza



BAHAN - BAHAN

  • 150g pisang emas - dilecek ~ Akk guna 8biji pisang lemak manis - 1 cawan penuh - tak cukup pun ok
  • 180g tpg gandum  ~ 2 cawan tepung gandum
  • 180g gula halus /gula icing ~ 1 cawan gula biasa
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak ~ 1 cawan 
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam 

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
Nota : kek cawan tu akk bakar 15 minit, separuh lagi adunan bakar dlm loyang kurang dari 30 minit


sedap kek ni, tak manis sangat, kalo ada pisang lebih boleh la buat

Wednesday, December 28, 2011

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, di penghujung tahun 2011 ni perasaan malas yang amat sangat untuk mengadap pc, buka tak on, tapi on juga, nak update pun malas, pas tu raa macam sibuk je, tak tahu apa yang di sibukkn itu.


Hari ini mood rajin sikit untuk mengn3. Sebenarnya nasi minyak ni dah lama akk buat, makan dengan gulai kawah dan kerabu mangga. Suka sangat dengan resipi makyong yang simple ini. Mekasih makyong kongsikan resipi yang simple tapi besttt.




NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resipi : Makyong@myresipi
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 5 orang )


4 cawan beras basmati akk guna beras siam
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis
Cara-cara


1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
sedapa dimakan bersama gulai kawah, dan kerabu epal
simple sangat resipinya, pada sapa2 yg ingin mencuba di persilakan

PATAWALI ATAU BATANGWALI - WW


Saturday, December 24, 2011

JUS NAGA

Sunyi dapur maya hari ni, biasalah cuti2 begini ramai yang keluar rumah nyata. Nak cerita sikit jus naga ni, sebenarnya kat rumah akk ni tak ada seorang pun penggemar buah naga. Pada suatu hari Angah suruh akk beli buah yang ada biji2 banyak. Maka terjumpalah akk dengan buah naga yg mmg berbiji kecil2 dan banyak ini, belilah sebiji dalam sekilo harganya rm 4.00. Balik rumah akk potong lah sebelah  , eh bukan buah ni yang dia maksudkan..pulak, huhuhu. Rupa2nya buah delima yang dia maksudkan itu. Nak tak nak yang sebelah akk potong2 dan dipaksa rela anak2 mkn sorang sikit heheh, habis lah sebelah tu , sebenarnya diorang gigit2 sikit je pas tu campak kat cik tong hehe.


Malam tu juga akk buat jus naga, cuma campurkan susu pekat manis, air n ais je, blender hancur lebur. Boleh lah di minum dan habis jugalah.....


bolehlah minum bila jadi jus sebegini....ntah kenapa akk pun tak suka buah naga ni, mungkin rasa dia mcm hambar je. Tapi ramai juga yg suka buah ni, sebenarnya buah ni banyak khasiatnya.

JOMMMM PI PENANG

Selamat pagi sabtu buat semua.....hari tu dah cakap dah sambil menyelam minum air. Antara tempat2 yang kami menyelam dan minum air heheh....



 model beg angry bird heheh, tapi tak angry pun, tengah memantau dari luar kedai

Kami ke pesta ...keluar dari tapak pesta, kami makan nasi ayam budu, besttt lama dah tak p mkn kat kedai tu, Tq Linapg n W.As

Pagi ahad pula kami berkelah n memancing di sini :~
 amani yg suka sangat main air
 ikan kedua yg dpt, ikan buntal heheheh, ikan pertama tak sempat nak ambil gambar, sebab akk pun kepoh chi kat sini. Ikan semilang yang agak besar lebih dari 500 gram.
 anak dara yg suka main air
Maisara dan abahnya
Ini lah pantai yang kami selalu pergi berkelah n mancing...Gertak Sanggul.
Dan malam tu pula kami makan malam di rumah pengantin baru Alla n Azmi, sedap udang masak kesum, resipi ganu kite


Sebelum balik KL , pagi isnin tu sempat lagi my abe g mancing di seagate, hasilnya tak ada :~



 cantik kat sini, belakang tu nampak jambatan ke2 pulau pinang
lebih kurang 4.30pm kami berangkat ke KL...bye semua terima kasih banyak2 kerana melayan karenah akk n famili, muahhhhh sayang semua, pas ni pasti kami kesini lagi insyallah

Thursday, December 22, 2011

HOKI DI USM PENANG

Selamat malam buat semua, pada jumaat lepas akk n famili ke Usm Penang, kali ini ada perlawanan hoki disini. Peyertaan tahun ini agak banyak iaitu lebih kurang 54 buah pasukan. Ada juga dari negara Thailand dan Korea. 


Jom tengok gambar kenang2an disana:~


kumpulan Girl A






hari kedua hoki, ada Nisa anak Linapg


Perlawan di USM ni tak dapat ke separuh akhir pun, sempat lawan hari sabtu 1 game je, pas tu seri, kena panalti, kalah terus out....


Seronok juga jadi penonton setia ni, main jauh2 pun sanggup gak pergi tengok.  Sambil menyelam minum air...pas ni joomm pesta

Wednesday, December 21, 2011

WW


p/s tiket pergi balik ke padang besar dalam tangan,  tapi kami anak beranak kat rumah huwaaaaa..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...