Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 31, 2013

APARTMENT UNTUK DI SEWA DI PUNCAK ALAM

Entry melekat sila kebawah untuk n3 terkini

Iklan seKETIKA , apartment untuk disewa  di Puncak Alam, kalo ada sesipa yang berminat boleh lah tinggal komen. Apartment ni berhampiran dengan Sek Rendah Puncak Alam fasa 3.  4km ke UITM Puncak Alam. Sangat sesuai kepada pelajar2 UITM puncak alam

Kemudahan yg ada seperti : peti ais, mesin basuh, sofa. Penyewa di kehendaki pada bulan Febuari 2013. Buat masa sekarang masih lagi ada penyewa hingga 31.1.12




jom tengok kat dalam pula
 ruangan ke 3 bilik. bilik air di sebelah kiri, dan satu lagi di bilik utama. Gambar lama masa ikan terdahulu


Sunday, January 20, 2013

SELAMAT HARI LAHIR AQIL

Selamat berhujung minggu buat semua, 9 tahun yg lalu lahir lah Muhammad Aqil Iqbal, merupakan anak yg paling besar 3.55kg, adik beradiknya yg lain semua pun 3kg keatas, tapi dia yg paling besar. Mama doakan semoga Aqil menjadi anak yg soleh, abang dan adik yang baik, berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, serta sentiasa di lindungi Allah sentiasa. Mama dan Abah sentiasa menyanyangi Aqil dunia dan akhirat : ~





Thursday, January 17, 2013

PETOLA ULAR LUAR BIASA PANJANG





Assalam buat semua, teruja tgk petola ular kat kebun EN DAUN ( dedaun Alam ). akk copy n paste kat sini untuk berkongsi gambar. Teruja sangat bila tgk petola ularnya panjang  melebihi 1.4meter. Terima kasih ya En Daun. Kalo ada sapa2 nak tgk boleh la ke blog beliau DEDAUN ALAM.


INi anakndanya ( anak menakan akk ) 5 tahun. Kalo nak baca N3 ni boleh la ke blog DEDAUN ALAM

Wednesday, January 16, 2013

IKAN BILIS SEGAR

Begini lah rupa paras ikan bilis segar  :~

 beginilah rupa parasnya masa beli tahun lepas harganya RM3.99perkg, tahun ni dah naik rm5.99
 perbandingan degn ikan bilis yg dah di keringkan
Begini cara akk menyiang ikan bilis, potong terus dari atas je, tak payah belah perut

Tuesday, January 15, 2013

DURIAN CREPE DAN FILLING CREAM KASTARD

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua, pagi ni tetiba ada angin rajin sepoi2 membisik di telinga akk, dgn rasa semangat yg waja lagi kental pagi sikit on pc. 

Sebenarnya dah lama akk tayang crepe ni kat fb tapi tak letak resipi, maknanya dah lama buat dan save resipi ni kat draf. 

Demam crepe sekeian lama sudah melanda,dan bermacam2 variasi intinya. Bagi  akk sekadar mencuba , rasanya utk mengambil sebarang oder tu banyak lagi nak kena belajar dan buat. Terima kasih pada semua penyumbang dan yg berkongsi  resipi yg ikhlas ini , semoga Allah memberkati hidup kalian dan memurahkan lagi rezeki masing.Banyak tunjuk ajar dari rakan2 blogger yg bermurah hati secara langsung atau tidak langsung.Terima kasih semua




COPY AND PASTE
Yatie memories
Kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan- Adunan Crepes
  • 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
  • 4 sudu besar rata tepung kastard
  • 4 sudu besar rata tepung jagung
  • 2 sudu besar rata tepung ubi
  • 3 biji telur-di kocok2 je
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/4 sudu teh garam
  • 250 ml susu cair- suhu bilik
  • 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
  • Pewarna purple- optional - ER guna kaler kuning
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
  4. Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
  6. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu
Bahan utk Inti
  • 1 cawan non dairy whip cream
  • Blueberry filling secukupnya
Caranya. 
 Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan
  • Kepingan crepe ~ secukupnya
  • Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
  •  Blueberry filling- secukupnya~ s
  1. Letakkan sekeping crepe
  2. Letakkan non dairay whip cream di atasnya
  3. Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling - ER letak cream kastard dan durian
  4. Tutup kembali denga non dairy whip cream
  5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingi



RESEPI FILLING CREAM KASTARD
Kongsi bersama : embunrosaliza
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar

2 kuning telur

30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 

Suka sangat dengan kulit dia yg nipis dan tidak koyak langsung walaupun cubaan pertama. Cuma inti atau cream je akk letak tak banyak, tak berapa cantik n montok. tapi rasanya sangat sedap mcm aiscream

Friday, January 11, 2013

TART TELUR

Selamat petang jumaat buat semua. Tart telur ni akk buat sekali ngan cis tat  hari tu. Kali kdua buat tat telur ni, sedap. Tak ada idea nak taip panjang2 , gagah juga nak letak n3 hari ni.

Siap melimpah ruah lagi filling tu, kalo buat tart telur rasanya lagi elok guna acuan besar sikit mcm yg akk guna 5.5cm.

TART TELUR
Resipi : Hanis @ myresipi
Kongsi bersama : Embunrosaliza

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Masa buat dulu akk masak sekejap filling tu, tapi kali ini terus letak je, lagi sedap mcm ni, 

Wednesday, January 9, 2013

PRESSURE COOKER

Pressure cooker yg di idam2kan, akhirnya ku milikimu jua. Tq buat adindaku LINAPG kerana menghadiahkan buatku yg ni 10 liter alhamdulillah rezeki, semoga Allah memurahkan lagi rezeki adik2ku


Belum ngetes lagi ni

Monday, December 31, 2012

ROTI SOSEJ ROLL

Yessss dapat juga letak n3 ke 3 pagi 31.12 ini. Kali ini roti sosej roll beroat, bukan apa nak abiskan oat, buat mcm ni ok je makan, nak kurangkan kolestrol tapi goreng pulak huhu, mcm mana badan nak slim melim huhu.

Roti yg senang dibuat, cepat dimasak sedap dimakan, kejap je licin. Selalu sangat buat roti sosej ni, ini pun dah lama buat, rasanya bulan oct hari tu lagi. Jom tgk resepi yg akk ambil dari rumah dinda kesayangan akk ni LINAPG


ROTI SOSEJ ROLL
Sumber : linapg

 Bahan-Bahan:
1. 10 batang sausage (gn Ramly beef frankfuter)
2.  10 keping roti ( canai supaya roti mampat/padat ) - gelek2
3. 1 biji telur
4. Minyak
5. Embunrosaliza tambah oat )

Cara-Cara :
1.  Gulung sausage dgn roti, bahagian hujung roti sapu telur supaya tak terbuka masa menggoreng 2. 2. Ulang sampai roti habis.
3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur, golek2  dalam oat dan goreng dgn api sederhana hingga keperangan.     4. 4. Angkat dan toskan.
5. Sedap di makan dgn sos cili SeLaMaT MeNcUbA

n3 ke 3 pun selamt di publish...rehat seketika, byk kerja menanti , insyallah ada lagi n3 lepas ni kalo sempat

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH DAN BUTTER CREAM

N3 ke 2 pagi 31.12 kek coklat yg akk buat masa besday Amani hari tu 6.10.Tak sempat nak ambil gambar kek yg dah di potong, tak semua tamu sempat merasa kek ni, hanya anak2 kecil je dapat, sangat sedap bila di gandingkan dgn topping coklat dan butter cream tu.Sebenarnya kek ni akk dah banyak kali buat tapi tah di mana resepinya di buku ada lah resipinya. Memang sedap sanagt kek ni.
Akk C n P dari blog LINAPG, sekali ngan kaler  wall dia ikut  heheh..



RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
sharing : lina pg

Bahan-bahan:( lina pg gn sukatan cawan arcopal)
  • 100g Serbuk Koko*(1 cawan)
  • 200g Gula pasir*(1 cawan)
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*(1 cawan)
  • 250g Susu Pekat*(1 cawan)
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum (1 1/2 cawan)
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Note:
i) Versi bako - Lina pg bako suhu 160'C selama 1jam
ii) Versi Kukus - Kukus api sederhana 1 1/2jam




RESEPI BUTTER CREAM
sharing: lina pg

Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah) Lina pg guna shortening
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell) Lina pg gn krim well
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2) Lina pg gn 1 cawan gula icing

Cara-cara

  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.

Mendeco versi keras tangan mcm tu lah hasilnya. Toping coklat tu akk hanya cairkan coklat masakan campur butter sikit dan sedikit susu segar/ cair, masak cara double boil. Gabungan cream n coklat sangat sedap

p/s n3 ke 2 dh selesai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...