Wednesday, June 2, 2010

PENGAT PISANG TANDUK BERSAGU

Salam dan selamat petang buat semua. Petang ni akk minum petang bersama pengat pisang tanduk. Jom la layan gambar - gambarnya :~

Inilah pisang tanduk..akk guna 2 biji

Bahan2
2 biji pisang tanduk di potong menyerong
2 sudu besar sagu (di rendam seketika )
garam secukup rasa
4 cawan santan dari sebelah kelapa
2 helai daun pandan

Cara2nya
Satukan kesemua bahan2 didalam periuk, dan masak dengan api yang sederhana sehingga masak. Sesuikan rasa. Sekiranya tidak suka menggunakan sagu, kurangkan santan kepada 3 cawan dan kurangkan gula. Pisang ini sangat enak dimakan kerana isinya pejal dan manis.

6 comments:

salam. Sedapnya. Pengat ini sesuai dimakan waktu petang terutama ketika santai-santai dengan family di rumah..tahniah kerana kreatif dalam menyediakan menu..
 
err.. cmna ea nk buat pengat pisang?
 
salam sal....tq ya, sedap sangat sebab guna pisang tanduk, isinya pun dah manis dan pejal...tidak perlu rendam ngan kapur.
 
salam asada ryutaro ~ hehehe tu akk dah edit resepinya..kalo nak kurang manis kurangkan gula pada 5 sudu je...gula susah nak dapat sekarang ni huuhu. tq ya
 
salam kak liza,
sedapnya pengat pisang...huhu. lama tak beli pisang ni.
 
rosaliza..ni yang buat akak teringin ni..sedap tau..pengat pisang tandok..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...