Assalam dan selamat petang buat semua....Kuala Lumpur baru saje lepas hujan...jadi selalu kalo hujan n petir akk akan offkan line tenet umah ni...sebab pernah dah terbakar....Lambat sikit akk letak n3 hari ini. Sebenarnya lepas siapkan lunch anak2 tengah hari tadi terus akk buat tepung pelita ni...takut ptg2 tu kemalasan menjelma tiba...huhuhu nnt tak dapat la akk berbuka puasa ngan tepung pelita ni. kepada rakan2 yang berpuasa hari ini, selamat berpuasa n selamat berbuka ya, jom layan gambar :~
Ini lah tepung pelita akk....kalo nak guna daun pisang tu, nampak gayanya tak makan tepung pelita buatan sendiri lah . Bila letak daun pandan tu ada juga harumannya
BAHAN - BAHAN
Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
4 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
~ Di dalam bekas satukan kesemua bahan2 di atas. Tapiskan kedalam kuali dan kacau hingga agak pekat. Sila guna sudip/ spatula besi agar tidak berkerak n melekat didasar kuali. Gunakan api yang sederhana.
Lapisan Atas ( Putih )
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan - 1 cawan santan pekat + 2 cawan air )
Garam secukup rasa - rasa lemak2 sikit
~ Satukan kesemua bahan ini didalam periuk kacau sehingga pekat.
Daun pandan
Gula secukupnya
Penyediaan
~ Sediakan cup kecil / loyang atau apa2 bekas. Potong daun padan anggaran 2 inci. Letak dibahagian bawah , selepas itu masukkan sesudu kecil penuh gula. Kemudian diikuti adunan berwarna hijau ( masukkan menggunakan sudu ). Selepas itu masukan lapisan atas Putih ). Kukus lah selama 10 ~ 15 minit dengan menggunakan air yang telah mendidih.
Akk dapat 14 cup kecil
Pada sapa2 yang ingin mencuba di persilakan....dan kepada yang berpuasa selamat berbuka ya
Tuesday, June 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kalo yang selalu akk buat dulu2 tu sedap juga la...tapi hari ni posa....tak dpt rasa santan tu...kalo lemak2 sedap la heheheh
mai la kl makan ada byk lagi ni
Post a Comment