Saturday, August 13, 2011

ROTI SOSEJ ROLL

Salam ceria dipagi sabtu yang cerah cuaca, pepagi lagi dah panas terik, cabaran buat anak2 kecil yang berpuasa. Akk selalu buat sosej roll ni untuk berbuka mahupun bersahur. Aqil dan Adda makan roti gini je untuk bersahur, pas tu minum secawan milo.


Terima kasih buat LINAPG yang kongsikan resipi simple ni.




SOSEJ ROLL
resipi : LINAPG

Bahan-Bahan:
  • 10 batang sausage (gn Ramly beef frankfuter) - Akk guna ayamas
  • 10 keping roti ( canai supaya roti mampat/padat )
  • 1 biji telur -  akk tambah ajishio dlm telur
  • Minyak
Cara-Cara :
  1. Gulung sausage dgn roti, bahagian hujung roti sapu telur supaya tak terbuka masa menggoreng
  2. Ulang sampai roti habis.
  3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng dgn api sederhana hingga keperangan.
  4. Angkat dan toskan. Sedap di makan dgn sos cili
  5. SeLaMaT MeNcUbA

memang sedap dan senang membuatnya

 Cuti2 gini tentu ramai yang mengambil kesempatan menggantung periuk, berbuka kat luar dan ramai juga yang shoppingkan. Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 13. mood mengukis belum ada lagi.

9 comments:

Salam selamat menjalani ibadah puasa...roti sosej budak suka ni buat utk bebuka mmg laju je...kalau yg manis x jln bg ank2 kan...
 
Assalam rosaliza..akak ambik resepi ye..
akak menag tak suka berbuka diluar rosa..lebih suka dirumah..kalau tak sempat sangat masak pun..beli diluar makanan dan tetap makan dirumah.
 
assalam kak rosa...budak2 mmg suka roti sosej ni.Kalau wat sahur mmg mengenyangkan
 
@Sheila Shafeareen
selamat berpuasa juga buat sheila, senang keja mak dia, goreng sosej roll je, ok juga lah ada alas perut kan
 
@Acik Erna
Assalam kak, saya anak beranak pun mmg suka buka kat ruma, tetapi ada juga sesekali tu bawa anak2 berbuka kat kedai, tapi kalo suruh buka kat surau pun xnak heheh

sedap kak sosej roll ni, mudah lak tu nak buat
 
@lina_pg

mmg suka sangat bebudak ni mkn, bukan setakat budak je , mak bapa sekali mknnya
 
mmg kegemaran anak2 tu...lagi pun senangkan nak buatnye tu...
 
"saya suka buat roti sosej ni sbb ank2 suka..anak yg sulung tu dah pandai buat sendiri..selalu dia lah buatkan..diorang suka cicah sos..kak,bila nak mengukis?saya pun belum start ni.."
 
Salam ramdhan kak rosa sihat ke?lamanya saya tak singgah kat sini:)sy bulan posa ni kue2 semua tak laku sebab anak2 berbuka dengan nasi ,sahur dng roti je,kalu buat kue ibu sorang yg makan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...