Monday, November 28, 2011

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI - RAMAI

Assalamualikum buat semua, alhamdulillah majlis berkhatan beramai2 anjuran KRT ( kawasan rukun tetangga ) Lengkok Abdullah berjalan lancar dan sangat berjaya. Terima kasih buat semua ajk krt ini termasuk my abe. Seramai 17 orang peserta rata2 berumur 10 tahun kebawah, hanya seorang yg berumur 12 tahun. Perserta khatan juga dihadiankan sehelai kain pelikat, tuala mandi, sijil, juga wang tunai sebanyak rm 20.00 seorang. 


Jom tengok gambar jelah, sayang pula masa mula2 majlis berlangsung bateri habis, blk rumah ambil bateri yang baru my abe beli dan baru nak guna bateri tak masuk pulak. Terpaksa kukejarkan si along membeli bateri dikedai berhampiran. Bayak juga gambar yang tak sempat dirakam.



 bergambar kenang2an bersama ibubapa
 semua bersemangat je
 berselawat dan paluan kompang, meriah juga
 bersiap sedia untuk mandi
 yahoooo mandi air paip bomba..best
 dan ini peserta pertama ..dah siap pun
resah seorang abah, menunggu Aqil, masa tengah di sunatkan...bawa bertenang bah...
 ..dan akhirnya...,Aqil selamat dikhatankan, Aqil dapat cabutan no  5.  rilex je dia keluar dengan lolipopnya
 dah besar anak abah
dah siap kami pun balik.


Alhamdulillah sehingga sekarang kul 5.43pm Aqil elok je tak merengek pun, cuma asyik minta nak air milo je heheh. Semoga Aqil cepat sembuh ya, nanti kita pergi jalan2.Hamboii sebenarnya mamanya yg nak jalan2 heheh

UPDATE  :04.12.11 ( 10.00 am )
.- nota ringkas kenangan untuk AQIL
 

Hari ini merupakan hari ke 6 selepas aqil bersunat, Anu Aqil dah pulih sepenuhnya maksudnya dah kering . Pada hari ke 5 dah pun boleh pakai seluar. Pada  pagi hari ke 5 akk mula sapu minyak gamat, memang ya ubat gamat memang menyembuh luka. Benang jahitan pun dah tanggal pada  malamnya. Memula tu takut juga tgk, mcm renggang sikit kat `paler dia tu' hehe.  Zaman sekarang anak2 tiada pun masalah dengan kesakitan, malah tidak sakit langsung. Pada hari ke 5 juga Aqil mula main bola kat luar, akk risau juga takut dia sakit pada malam hari. Alhamdulillah dia tidur lena dan tidak mengigau pun. 

Pada hari ke 2 dan ke 3 , si anunya macam berair dan ada bau sikit, risau juga akk, rupanya fenomena biasa bagi org berkhatan, jangan risau n susah hati tapi mama mana yg tak risaukan ?. Pada hari ke 3 bawa dia jumpa doktor untuk dressing, bila tanya doktor mcm mana anu dia, doktor kata cantik, maknanya biasalah kan. Lepas balik dari klinik dia ajak abahnya pg beli mainan kereta flash n dash. Memang banyak la habis duit buat beli maian2 yang dia idamkan.

Pada hari ke 6 memang  kering sepenuhnya . Oh ya tenag makan pula, akk bagi dia makan sup daging, ikan selar bakar, daging bakar. Behon goreng putih yg di letak kiub ikan bilis pun akk bagi juga. Sehingga ke hari ini, telur, kicap n ayam akk tak bagi lagi. Makanan jajan yg biasa akk bagi je. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana cepat menyembuhkan Aqil.

p/s Aqil berkhatan kaedah jahit, manakala abg2nya kaedah smart clamp tahun 2002 ( dua abangnya masa ni berumur 7 tahun n 5 tahun )

8 comments:

wahh.. berani nyer aqil.. x nangis sikit pun..
 
Wah..baguslah anak menakan mak lang ni...relex jerr..semoga aqil cepat sembuh ya, nnt bleh mai jenjalan cr mkn kat Penang.
 
assalam sis..
tgk gambo lps sunat tu..wah..rilex je dia..senyum je..abah yg resah mnunggu tu..
smg cpt sembuh aqil..nnt leh p jenjaln umh mak lang tu..hihi
 
assalam rosa..dah selamat ye..relax je dia..tak nangis dan merengek pun..
 
dah selamat bersunat anak akak ye....saya dulu masa kecik2 memang takut kalau dengar ada org nak bersunat...hahhahah..kita lak yg gentar dari org nak bersunat...bila dengar pekik lolong dia lagi la takut...kakkaka...adehhh..zaman skang dah moden...tak macam dulu.kekeke
 
Assalamualaikum Rosa..wah beraninya Aqil, baru 7 tahun dh sunat..bagus2. Boleh senyum lg selepas tu. Teringat anak2 sy dulu muka pucat sebelum sunat, dh lepas sunat lg laaa..

Semoga Aqil cepat sembuh yea.. :)
 
As salam kak rosa,
Giliran pulak thn ni.. Akak kena la cari ikan ruan bg mkn kat aqil. Cpt sikit sembuh luka dia tu.
 
wah meriahnya tgk budak ramai-ramai khatan gitu. tak la rasa takut sgt kan kak.semoga Aqil iqbal cepat baik yer:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...